Perjuangan jaguh perseorangan negara di Kejohanan Badminton Asia 2018 di Wuhan berakhir apabila tewas di tangan pemain Jepun, Kento Momota.
Turun dengan status pilihan kelima, Chong Wei kembali bertemu Momota selepas pertemuan sulung pada Mac 2014 di saingan All England.
Saingan cukup sengit dipamerkan Momota meskipun ketinggalan di awal set pertama, namun bangkit untuk mengekori rapat sebelum mengesahkan kemenangan 21-19 .
Chong Wei yang menghuni tangga ketujuh dunia tampak gagal membaca gerakan Momota yang jauh lebih pantas.
Momota mengesahkan slot final menjadi miliknya dengan kemenangan 21-14 selepas bertarung hampir sejam sekaligus selangkah untuk memburu kejuaraan kedua tahun ini selepas muncul juara di Cabaran Antarabangsa Vietnam Mac lalu.
Oemian berusia 23 tahun ini akan berdepan jaguh tuan rumah, Chen Long yang menang ke atas wakil India, HS Prannoy straight set 21-16, 21-18.