Oleh Muhammad Aiman
Seperti diduga, jaguh badminton tanah air, Datoā Lee Chong Wei dan seteru utama juga juara bertahan Lin dan memperbaharui permusuhan di pentas Sukan Olimpik buat kali ketiga berturut-turut setelah masing-masing melangkah ke separuh akhir.
Namun, situasi berbeza diharungi kedua-dua pemain di suku akhir pada Rabu ā tatkala Chong Wei sepertimana lazim sekadar turun gelanggang bagi āmengujiā kelajuan pukulan smash dan memanaskan badan ketika menewaskan Chou Tien Chen, Lin Dan pula dikerah bekerja keras sebelum menyingkirkan pemain India, K.Srikanth.
Chong Wei, pemain nombor satu dunia yang turun dalam aksi suku akhir pertama, tidak perlu langsung āmenekan minyakā apabila mencatat kemenangan mudah 21-9, 21-15 ke atas pemain Taiwan itu yang jelas bukan tandingan baginya.
Dengan aksi di kelas tersendiri, Chong Wei memperlihatkan betapa semangatnya cukup membara, malah keyakinannya semakin tinggi untuk memastikan penampilan olimpik terakhirnya ini diakhiri dengan tangisan kemenangan, bukan kekecewaan sepertimana dua edisi lalu.
Sementara itu, Lin Dan, pemenang emas Beijing 2008 dan London 2012 pada satu ketika hampir sahaja dikejutkan Srikanth yang sebelum ini menyingkirkan pilihan kelima dari Denmark, Jan O Jorgensen di pusingan kedua.
Meskipun menang mudah 21-6 di set pertama, pemain nombor tiga dunia itu berdepan kebangkitan menakjubkan Srikanth di set kedua apabila tewas 11-21 dan setelah aksi kejar-mengejar mata di set ketiga, Lin Dan memanfaatkan pengalaman serta menunjukkan kekuatan mental cukup tinggi bagi mencatat kemenangan 21-18.
Pertembungan Chong Wei dan Lin Dan di separuh akhir pada Jumaat, tidak dinafikan antara tumpuan utama peminat badminton seluruh dunia, khususnya di rantau Asia sejak sebelum olimpik bermula setelah kedua-dua pemain bertembung di perlawanan akhir dalam dua edisi sebelum ini.
Menjelang aksi ke-37 antara kedua-dua pemain, Chong Wei mungkin boleh menarik sedikit nafas lega kerana dia menang dalam dua pertemuan terakhir ke atas Lin Dan malah dalam masa sama pemain China itu sendiri dilihat kehilangan sentuhan magis yang memberikannya gelaran āthe Super Danā.Ā Ā Ā
Dalam satu lagi aksi separuh akhir, pemain nombor dua dunia, Chen Long dari China akan menentang pilihan keempat, Victor Axelsen dari Denmark.
Chen Long menewaskan pemain Korea Selatan, Son Wan Ho dalam pertarungan tiga set 21-11, 18-21, dan 21-11 manakala Axelsen menundukkan pemain Britain, Rajiv Ouseph 21-12, 21-16.