Chong Wei mencatat kemenangan 22-20 sekaligus mengesahkan kemaraan ke perlawanan akhir buat kali ketiga selepas melakukannya di Beijing 2008 dan London 2012. Kredit Foto - Reuters
Chong Wei mencatat kemenangan 22-20 sekaligus mengesahkan kemaraan ke perlawanan akhir buat kali ketiga selepas melakukannya di Beijing 2008 dan London 2012. Kredit Foto – Reuters

2016 Olympic Rio - logoJaguh badminton tanah air, Dato’ Lee Chong Wei mara ke final Sukan Olimpik Rio De Janeiro 2016 dengan penuh bergaya setelah menyingkirkan seteru utama yang juga penyandang pingat emas, Lin Dan dalam aksi separuh akhir penuh dramatik, sebentar tadi. Kemenangan buat Chong Wei tidak hadir dengan mudah – pemain nombor satu dunia itu bangkit dari kekalahan 15-21 di set pertama untuk menang 21-11 di set kedua, dan memaksa penyokong sama ada di Riocentrio mahupun di depan kaca TV untuk turut sama merasai debaran sehingga ke mata akhir set ketiga.

Setelah mensesiakan tiga ‘match point’ dengan membenarkan Lin Dan bangkit mengikat kedudukan 20-20, Chong Wei mencatat kemenangan 22-20 sekaligus mengesahkan kemaraan ke perlawanan akhir buat kali ketiga selepas melakukannya di Beijing 2008 dan London 2012.

Dato' Lee Chong Wei memeluk Lin Dan sejurus tamat permainan untuk mengesahkan ke slot pusingan akhir. Kredit Foto - REUTERS/Marcelo del Pozo
Aksi Dato’ Lee Chong Wei mengesahkan ke slot pusingan akhir memeluk Lin Dan sejurus tamat permainan. Kredit Foto – REUTERS/Marcelo del Pozo

Kemenangan itu juga berjaya membalas dendam kekecewaan Chong Wei kepada Lin Dan yang menewaskannya dalam aksi final di kedua-dua edisi terdahulu itu, dan mengagalkan misi hatrik emas pemain sensasi China itu.

Kini Chong Wei hanya selangkah sahaja lagi untuk menebus kegagalan dua kali di pentas final seterusnya merealisasikan impian emas Malaysia, lawan terakhir yang menanti adalah sama ada pemain nombor dua dunia Chen Long ataupun pemain nombor empat dunia Victor Axelsen.

- Advertisement -