Impian untuk menyaksikan jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei mara ke final Kejohanan Badminton Seluruh England berkecai apabila tersingkir di pusingan pertama.
Pilihan kedua itu tumpas kepada pemain India, B Sai Praneeth straight set 24-22, 22-20 dalam masa 50 minit.
Turut sama mengikuti jejak Lee Chong Wei adalah perseorangan wanita, Tee Jing Yee yang tumpas kepada pemain Indonesia, Lindaweni Fanetri juga straight set, 21-11, 21-18.
Bergu campuran Chan Peng Soon, Goh Liu Ying juga menerima nasib yang sama apabila tumpas kepada pilihan keempat kejohanan, Kim Ha Na, Ko Sung Hyung dalam pertarungan tiga set 21-16, 17-21, 20-22.
Cabaran Malaysia kini digalas dua pasangan bergu negara, Goh V shem, Tan Wee Kiong serta Koo Kien Keat, Tan Boon Heong.
V shem dan Wee Kiong menang ke atas gandingan Thailand, Bodin Issara, Nipitphon Puangpuapech 16-21, 21-13, 21-9.
Menanti bergu Malaysia ini adalah pilihan kelima dari China , Chai Biao dan Hong Wei.
Manakala Kean Keat dan Boong Heong mengatasi cabaran pasangan dari India, Manu Attri, B Sumeeth Reddy 16-21, 21-13, 21-15.
Tugas getir menanti Kean Keat, Boon Heong di pusingan kedua hari ini apabila berdepan pilhan kedua kejohanan, Mohamad Ahsan, Hendra Setiawan dari Indonesia.