chong-wei

Oleh Ku Mohd Lufti

Pemain badminton perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei terpaksa menanti sehingga tamat set penentuan sebelum muncul juara Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Jepun.

Aksi final di Gimnasium Metropolitan Tokyo hari ini, pemain nombor satu dunia itu perlu berada digelanggang selama 70 minit sebelum berjaya menjinakkan lawannya dari Denmark, Jan O Jorgensen.

Chong Wei terpaksa bekerja keras untuk mengatasi Jorgensen denga bermain disegenap galnggang sebelum mengesahkan kemenangan 21-18 di set pertama.

Pertemuan ke 18 diantara Chong Wei dan Jorgensen nyata memihak kepada pemenang pingat perak tiga kali sukan olimpik.

Jorgensen bagaimanapun bangkit dengan permainan yang lebih bertenaga untuk mengatasi chong wei di set kedua dengan kemenangan 21-15.

Impian Jorgensen yang juga pemain ranking kelima dunia ini untuk melakar kemenangan kedua dalam pertemuan dengan Chong Wei tidak kesampaian apabila lawannya lebih tangkas sekaligus menutup set penentuan dengan kemenangan 21-16.

Ini merupakan kejuaraan pertama Lee Chong Wei selepas meraih pingat perak di temasya Sukan Olimpik di Rio de Janeiro, Brazil, Ogos lepas.

Untuk rekod, pemain berusia 33 tahun ini pernah muncul juara Terbuka Jepun pada 2007, 2010, 2012, 2013 dan 2014.

- Advertisement -