chen.long.8
Chen Long

Oleh Ku Mohd Lufti

Angka 11 mungkin nombor bertuah buat pemain perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei apabila meraih kemenangan selepas menundukkan juara bertahan, Chen Long di pentas final Terbuka Malaysia 2016.

Ketika ramai yang menjangkakan persaingan sengit diantara dua jaguh ini, Chong Wei membuktikan perkara sebaliknya.

Hanya 21 minit diperlukan Chong Wei untuk berada digelanggang bagi set pertama sebelum melakar kemenangan 21-13.

Kehadiran hamper 10 ribu penyokong termasuk penaung Persatuan Badminton Malaysia Datin Seri Rosmah mansor serta Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan nyata menyuntik semangat pemain berusia 33 tahun ini untuk memburu gelaran ke 11 tahun ini.

Chen long seakan akan tidak mampu untuk menyaingi Chong Wei apabila banyak melakukan kesilapan sehingga ketinggalan 4-14 pada satu ketika.

Chong Wei tampak tenang sepanjang set kedua tidak memberi peluang kepada Chen Long untuk meraih mata menerusi permainan di jaring  serta smash kencang.

Sorakan penonton yang hadir bergema apabila Chong Wei sah bergelar juara dengan kemenangan 21-8 selepas bertarung selama 42 minit.

“Saya tidak sangka boleh menang dengan Chen Long straight set dan mendahului set kedua dengan jarak mata yang jauh. Terima kasih kepada semua penyokong yang datang dari jauh dan memberi sokongan kepada saya. Saya lupa tentang kepenatan apabila penyokong memberi sokongan kepada saya sehingga berjaya memenangi kejuaraan ke 11 tahun ini,” kata Chong Wei.

Untuk rekod, ini adalah kemenangan ke 12 Chong Wei dalam 24 pertemuan dengan Chen Long.

Selaku juara, Chong Wei membawa pulang wang tunai 41 250 Dolar Amerika Syarikat.

- Advertisement -