lin.dan.1

Oleh Ku Mohd Lufti

Jaguh badminton perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei melangkah ke final Kejohanan Badminton Asia, di China selepas menundukkan pilihan kedua kejohanan, Lin Dan.

Masih segar dengan kemenangan ke atas Lin Dan di Terbuka Malaysia, Datuk Lee Chong Wei tampak yakin untuk melangkah ke final.

Set pertama Lin Dan member tekanan ke atas Chong Wei dan tidak member ruang kepada pemain nombor dua dunia itu untuk mendahului saingan.

Namun kedudukan berubah dipenghujung set pertama ketika Chong Wei ketinggalan 17-20, beliau bangkit dengan permainan yang lebih kemas untuk meraih 5 mata berturut turut sekaligus menang 22-20.

Lin Dan yang kini menghuni tangga ketiga dunia memperbaiki rentak permainannya dan hanya membernarkan Chong Wei mengikat kedudukan 3 sama sebelum menang 21-15 untuk mengheret permainan ke set penentuan.

Cerita di set penentuan nyata diluar dugaan apabila Lin Dan tampak tertekan dan gagal mengawal permainan dengan baik.

Lin Dan banyak melakukan kesilapan mudah termasuk member bola tanggung kepada Chong Wei sekaligus memberikan mata mudah buat pemaoin kelahiran Pulau Pinang ini.

Penonton yang hadir seakan akan tergamam apabila Chong Wei mudah mendahului 15-4dan tidak member ruang kepada Lin Dan untuk meraih mata sebelum menutup pusingan separuh akhir dengan kemenangan 21-4 untuk mara ke final selepas bertarung selama sejam 11 minit.

Ini adalah kemenangan ke 11 Chong Wei ke atas Lin Dan dalam 37 pertemuan setakat ini.

Datuk Lee Chong Wei akan berdepan seorang lagi pemain China, Chen Long yang juga pemain nombor satu dunia.

Terdahulu, Chen Long tidak berdepan masalah untuk menundukkan pilihan kelima yang juga rakan senegara, Tian Houwei straight set 21-14, 21-16.

- Advertisement -