Wong Choong Hann mengambil alih sebagai jurulatih perseorangan lelaki baharu pasukan kebangsaan Hong Kong, menggantikan Wong Tat Meng.
“Ia akan menjadi pengalaman pertama saya di luar Malaysia dan saya amat menantikannya,” kata Choong Hann, yang meletak jawatan sebagai pengarah kejurulatihan perseorangan BAM bulan lepas.
“Saya mempunyai pengalaman kejurulatihan di Malaysia lebih empat tahun, ia akan membantu saya semasa saya membimbing pemain perseorangan di Hong Kong.
“Saya rasa gembira memulakan perjalanan baharu bersama mereka.”