“Saya berharap mereka akan bangkit dengan lebih baik di Toyota Terbuka Thailand dan berikan segalanya yang telah dilalui sepanjang sesi latihan ketika di gelanggang esok.
“Mereka juga perlu lebih yakin dengan kemampuan diri sendiri,”kata Choong Hann.
Aksi yang dipamerkan ketika di saingan Yonex Terbuka Thailand minggu lalu, Choong Hann melihat ada pemain pemain yang mampu untuk berikan yang terbaik berdasarkan kualiti yang ditonjolkan ketika latihan.
Pusingan pertama Toyota Terbuka Thailand yang akan berlangsung di Impact Arena, Bangkok bakal menyaksikan 10 wakil negara turun beraksi untuk memburu slot ke pusingan kedua.
Antaranya perseorangan lelaki, Lee Zii Jia yang akan berdepan wakil India, Sameer Verma.
Manakala perseorangan wanita, Soniia Cheah dijadual menentang wakil Korea Selatan, Sung Ji Hyun manakala S Kisona akan menentang pemain dari Mesir, Doha Hany.
Dua bergu lelaki negara akan turun berdepan wakil tuan rumah. Aaron Chia-Soh Wooi Yik akan turun menentang Weeraphat Phakjarung-Wongsathorn Thongkham manakala Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani pula dijadual berdepan Supaj Jomkoh-Kittinupong Kedren.
Bergu wanita, hanya satu wakil negara yang akan beraksi esok, Vivian Hoo-Yan Cheng Wen akan berdepan gandingan England, Chloe Birch-Lauren Smith
Manakala bergu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jamie akan menentang gandingan dari Perancis, Ronan Labar-Anne Tran.