Nasib malang dilalui pemain badminton para negara, Didin Taresoh yang terpaksa menarik diri ketika di perlawanan kedua kerana kecederaan dibahagian lutut
Beliau turun beraksi semalam bagi saingan kelas SH6 peringkat kumpulan Bd i Paralimpik Tokyo 2020, dimana pemain kelahiran Sabah ini perlu bermain dua perlawanan pada hari ke 9.
Didin Taresoh turun beraksi bagi saingan peringkat kumpulan B yang turut diisi wakil India, Krishna Nagar yang merupakan pemainranking kedua dunia, dan Vitor Goncalves Tavares dari Brazil.
Aksi pembukaan dengan Krishna yang berlangsung pada tengah hari, Cikgu Didin memberi tentangan yang sengit di set pertama hingga beraksi ke mata deuce sebelum tewas 20-22.
Didin cuba bangkit di set kedua namun gagal untuk menyaingi lawannya apabila tunduk 10-21.
Beliau turun sekali lagi pada jam 5.20 petang waktu tempatan menentang Tavares tampak cukup sukar buat atlet kelahiran sabah berusia 46 tahun ini untuk mengatasi kelajuan dan taktikal lawannya dari Brazil.
Didin cuba bertahan di atas gelanggang di Yoyogi National Stadium selama 26 minit sebelum terpaksa menarik diri akibat kecederaan.