Oleh Ku Mohd Lufti
Dua keputusan yang dilakar di Kejohanan Olahraga Remaja Dunia Bawah 20 Tahun Dunia di Bydgoszcz, Poland semalam sedikit pun tidak mengecewakan jurulatihnya Md Poad Md Kassim.
Khairul Hafiz menepati sasaran yang diletakkan oleh Poad, untuk mara ke separuh akhir, manakala Badrul menghadapi kesukaran ketika beraksi sekaligus terlepas peluang untuk ke separuh akhir.
âSaya berpuas hati dengan prestasi Khairul dimana saya mengharapkan dia untuk layak ke separuh akhir.
âBadrul pula kecewa kerana gagal melakukan seperti mana yang dirancang, namun secara keseluruhan saya berpuashati dengan prestasi mereka.â kata Md Poad.
Tambah Poad lagi, cuaca jelas tidak memperngaruhi larian Khairul dan Badrul meskipun hujan turun seketika sebelum kembali cerah ketika kedua dua atlet negara beraksi.
Malah, pengalaman dilihat antara faktor kepada prestasi atlet ini kerana Khairul sudah mempunyai pengalaman beraksi di pentas antarabangsa, manakala Badrul mungkin sedikit tertekan ketika beraksi.
Mengulas tentang peringkat separuh akhir, Cikgu Poad tidak mahu memberi tekanan kepada Khairul.
âSaya hanya harapkan Khairul memberikan aksi yang terbaik dan tidak terlalu tertekan ketika berlumba nanti,” katanya lagi.