Catatan 63 pukulan sembilan dibawah par memastikan pemain Amerika Syarikat, Bronson Burgoon mengungguli hari pertama di Kejohanan Golf CIMB Classic 2018 yang bermula hari ini di Kelab Golf TPC, Bukit Kiara.
Aksi sulung pemain berusia 31 tahun ini cemerlang dengan satu eagle dilubang terakhir selain lapan birdie dan satu bogey sepanjang hari pertama untuk mengatasi pencabar terdekat dikedudukan kedua, Asutin Cook yang juga rakan senegara Burgoon dengan kelebihan satu pukulan.
Dua lagi pemain Amerika Syarikat, Scott Piercy dan Billiy Horschel serta C.T. Pan dari Taiwan, berkongsi kedudukan ketiga dengan catatan 65 pukulan tujuh di bawah par .
Bekas juara dua kali yang juga pemain nombor empat dunia, Justin Thomas, gagal mempamer aksi cemerlang dibawah cuaca mendung apabila berkongsi kedudukan keenam bersama sama tujuh lagi pemain dengan catatan 66 pukulan, enam di bawah par.Â
Sementara juara bertahan, Pat Perez hanya mampu melakukan mengumpul 70 pukulan, dua dibawah par untuk berada dikedudukan ke 35 bersama 12 lagi pemain.
Pemain terbaik negara pada hari pertama milik Ben Leong yang berada dalam kelompok 20 pemain terbaik dengan catatan 68 pukulan empat dibawah par.  KU MOHD LUFTIÂ