Oleh Ku Mohd Lufti
Pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei berpendapat, tiga pemenang pingat emas di Sukan Paralimpik Rio 2016 wajar diberikan ganjaran seperti mana atlet normal.
Ganjaran RM 1 Juta diumumkan buat mana mana atlet yang berjaya meraih pingat emas bagi sukan Olimpik dan Paralimpik sebagai insentif daripada kerajaan.
“Mereka berhak, mereka dilatih dengan keras, dan ia adalah lebih sukar daripada kita (atlet normal). Ada yang berkerusi roda atau menggunakan satu tangan sahaja, tetapi apa yang penting adalah semangat perjuangan mereka dan itu yang perlu kita belajar.” Kata Datuk Lee Chong Wei.
Kontinjen paralimpik negara melakar sejarah apabila meraih tiga pingat emas setakat ini di Sukan Paralimpik Rio.
Mohamad Rizuan Mohd Puzi menyumbang emas pertama menerusi acara 100 meter T36 sebelum lagu negara ku berkumandang di gelanggang olahraga menerusi Muhd Ziyad Zolkefli yang meraih emas kedua dalam acara lontar peluru F20.
Sokongan terhadap atlet para negara semakin membara apabila Abdul Latif Romly menghadiahkan emas ketiga negara menerusi lompat jauh T20.
Tambah Chong Wei lagi semnagat juang yang ditonjolkan oleh atlet para negara sesuatu yang perlu dicontohi oleh semua atlet negara.
“Bukan sahaja saya tetapi semua atlet perlu belajar dari atlet Paralimpik kami. Kita perlu semangat mereka yang berjuang untuk emas, memecahkan dunia dan rekod Paralimpik … Mereka yang luar biasa.”katanya lagi.
Terdahulu Chong Wei hadir bersama sama empat lagi pemenang pingat perak, bergu lelaki, Goh V Shem, Tan Wee Kiong dan bergu campuran, Chan Peng Soon, Goh Liu Ying menerima insentif daripada 100 PLUS di Petaling Jaya.
Datuk Lee Chong Wei menerima insentif berjumlah RM 50 000 manakala dua bergu negara masing masing menerima RM 25 000 seorang.
Malah, Pengurus Pemasaran 100PLUS Leong Wai Yin turut mengumumkan kesemua lima pemenang pingat perak ini menerima tajaan berupa minuman isotonik seumur hidup.