Josip Glasnovic
Glasnovic

Oleh Ku Mohd Lufti

Kejutan berlaku di lapangan sasar bagi acar menembak menyaksikan pemegang rekod dunia dari Itali, Giovanni Pellielo dikecewakan Josip Glasnovic dari Croatia.

Kedua dua penembak ini nyata mendebarkan penonton penonton yang hadir apabila setiap percubaan tepat ke sasaran diawal saingan.

Lima percubaan pertama, Giovanni dan Josip tidak melepaskan bird apabila setiap tembakan yang dilepaskan tepat ke sasaran.

Memasuki pertengahan saingan, Josip hilang fokus ketika membidik bird di percubaan keenam sekaligus tersasar.

Govanni pula tenang membidik dan tembakannya tepat untuk berada didepan 6-5 selepas enam percubaan.

Seakan akan terlalu yakin, bidikan Giovanni di percubaan ketujuh tersasar sekaligus menggangu fokusnya.

Malah, Geovanni turut terlepas sasaran dipercubaan kelapan tatkala lawannya kembali fokus dan menambah 6 lagi mata untuk mendahului 11-10 selepas tamat 12 percubaan.

Josip yang hanya perlu melengkapkan tiga bidikan tepat untuk mengesahkan pemenang pingat emas sekali lagi hampa apabila bidikan ke 13 tersasar.

Giovanni yang seakan akan kehilangan semangat kembali fokus apabila membidik tepat baki 3 percubaan sekaligus kedua dua atlet terikat 13 sama selepas tamat kesemua 15 percubaan.

Ketika aksi penentuan tuah memihak Josip Glasnovic apabila membidik tepat kesemua 4 bird sementara Giovanni tersasar di bidikan terakhir, sekaligus memberikan pingat emas kepada penembak Croatia.

Giovanni Pellielo
Giovanni

SEMENTARA itu, penentuan pingat gangsa pula menyaksikan kemenangan memihak kepada penembak Great Britain Edward Ling yang menewaskan David Kostelecky dari Republik Czech.

Edward Ling mara ke perlawanan penentuan pingat gangsa selepas menang ke atas penembak dari Mesi, Ahmed Kamar.

Manakala penembak dari Republik Czech, David Kostelecky menamatkan saingan separuh akhir ditempat ke 3, mengumpul 13 mata.

Penampilan ke 3 Edward Ling di pentas Olimpik, beliau pastinya mahu memperbaiki kedudukan selepas sekadar menduduki tempat ke 21 keseluruhan.

Namun 2016 tampak memberi tuah buat atlet berusia 33 tahun ini apabila berjaya melangkah sehingga ke penentuan pingat gangsa.

Manakala penembak yang lebih senior, David Kostelecky, pencapaian di Rio tampak hambar kerana atlet berusia 41 tahun ini sudahpun memenangi pingat emas ketika Olimpik 2008 di Beijing.

Edward memulakan saingan penentuan pingat gangsa dengan langkah kiri apabila termbakan pertamanya tersasar.

David pula tidak mensia siakan peluang apabila tembakan pertama tepat ke aras bird untuk memberikan mata pertama.

Kecemerlangan David tidak bertahan lama, apabila gagal menembak bird di percubaan kedua sekaligus memberi tiupan semangat kepada Edward yang berjaya menembak sasaran untuk mengikat kedudukan 1 sama.

Dua percubaan berikutnya, Edward Ling dan David Kostelecky tepat apabila berjaya membidik bird untuk kedudukan 3 sama.

Kostelecky bagaimanapun terlepas sasarannya di percubaan kelima, memberi ruang kepada Edward yang tenang membidik tepat 6 percubaan seterusnya sekaligus mengumpul 9 mata selepas 10 percubaan.

Kostelecky semakin goyah apabila tersasar di percubaan ke 7 dan 9, sekaligus ketinggalan 5-9 ke atas Edward.

Kedudukan itu jelas memberi keselesaan buat Edward yang hanya tersasar di percubaan ke 11, manakala baki 4 lagi percubaan, bidikannya tepat ke sasaran.

David tampak tidak mampu mengawal fokusnya pada baki lima percubaan apabila tersasar di dua percubaan akhir.

Edward dinobat sebagai pemenang pingat gangsa dengan keputusan muktamad 13 berbalas 9.

- Advertisement -