Azroy Hakeem Anuar dari pasukan Honda Yuzy Idemitsu mencatatkan masa terpantas bagi sesi kelayakan pusingan kelima Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix yang berlangsung di Litar Jempol.

Pelumba CP150 ini telah menampilkan prestasi yang baik di Litar Jempol. Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix kembali ke Litar Jempol selepas dua tahun dan Azroy berjaya mengukir masa terpantas baru, 44.119s.

Cuaca panas terik di litar Jempol tidak menghalang pelumba yang tangkas ini untuk menguasai litar tersebut. Azroy menduduki tempat kelima secara keseluruhan dengan jumlah mata sebanyak 42 selepas menghabiskan perlumbaan pusingan keempat di tangga keempat.

Azroy walau bagaimanapun jatuh pada saat-saat akhir sebelum berakhirnya sesi kelayakan.

Menurut Azroy, “Sesi kelayakan tadi berjalan dengan lancar dengan keadaan jentera yang bagus. Pada awal sesi tersebut, saya cuba membawa jentera saya dengan lebih laju dan berjaya mencatatkan masa baru. Malangnya, saya juga ditimpa kemalangan kerana saya melebihi had tetapi bernasib baik kerana tidak cedera.”

“Bagi perlumbaan keesokkan hari, saya akan berusaha lebih dan berharap untuk mendapat tempat di podium.”

Tempat kedua terpantas adalah milik Md Izzat Zaidi Md Salehan dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing dengan catatan masa 44.130s.

Md Haziq Md Fairues dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor mencatatkan masa ketiga terpantas dengan catatan 44.336s.

Bagi kategori CP125 pula, Md Haziq Md Hamdan dari pasukan Honda KC Racing mencatatkan masa terpantas di sesi kelayakan.

Haziq yang secara keseluruhannya berada di kedudukan keenam telah menunjukkan kemahirannya di Litar Jempol apabila beliau mencecah masa terpantas dengan catatan masa 46.681s.

Pada pusingan lepas, beliau berjaya menyambar tempat kedua di podium yang juga merupakan kemenangan pertama di podium.

Menurut Haziq, “Pasukan saya telah buat yang terbaik dalam persiapan jentera. Saya tidak begitu yakin dengan litar tetapi saya bersyukur kerana berjaya dengan masa terpantas.”

“Persaingan esok semestinya sengit. Tetapi saya akan buat yang terbaik bersama pasukan saya.”

Tempat kedua terpantas di ambil oleh Md Syafiq Rasol dari pasukan ONEXOX TKKR Racing dengan catatan masa 46.718s.

Tempat ketiga terpantas adalah milik Md Aliff Danial Md Asri dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor dengan catatan masa 46.839s.

Sementara itu, bagi kategori Wira KBS, Md Danish Aiman Zamrul dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing sekali lagi mencatatkan masa terpantas bagi sesi kelayakan.

Danish kelihatan yakin di litar Jempol walaupun tidak mempunyai pengalaman berlumba di litar tersebut. Keyakinannya kini lebih terserlah sejak kemenangannya di pusingan keempat.

Sepanjang sesi kelayakan, Danish telah menampilkan kemahiran pengendalian jentera di litar teknikal dan berjaya mengekalkan kepantasannya. Beliau mencatatkan masa terpantas 47.598s.

Menurut Danish, “Litar ini sememangnya agak mencabar. Saya tidak begitu yakin ketika latihan bebas. Namun begitu, saya teruskan juga dengan niat untuk mendapatkan masa lap yang terbaik. Akhirnya, saya berjaya juga mendapat masa terbaik.”

“Esok, saya akan terus berusaha untuk meningkatkan kepantasan agar dapat masa yang lebih baik. Sudah pasti matlamat saya adalah untuk mendapat P1.”

Tempat kedua dan ketiga terpantas juga milik pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing. Md Syamil Amsyar Md Iffende mencatatkan masa kedua terpantas dengan catatan masa 47.714s manakala Md Adam Haikal Jahar mencatatkan masa ketiga terpantas dengan catatan masa 47.726s.

Top 5 Fastest – Qualifying Session

CP150 Category

Azroy Hakeem Anuar, HONDA YUZY IDEMITSU TEAM, 44.119

Md Izzat Zaidi Md Salehan, PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING, 44.130

Md Haziq Md Fairues, PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR, 44.336

Kasma Daniel Kasmayudin, PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR, 44.450

Ahmad Afif Amran, PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING, 44.699

 

CP125 Category

Md Haziq Md Hamdan, HONDA KC RACING, 46.681

Md Shafiq Rasol, ONEXOX TKKR RACING TEAM, 46.718

Md Aliff Danial Md Asri, PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR, 46.839

Md Hafiza Rofa, ONEXOX TKKR RACING TEAM, 46.844

Md Syafiq Rosli, PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR, 46.847

 

Wira KBS Category

Md Danish Aiman Zamrul, PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING, 47.598

Md Syamil Amsyar Md Iffende, PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING, 47.714

Md Adam Haikal Jahar, PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING, 47.726

Ahmad Darwisy Ahmad Sahir, Castrol Power1 Honda Team, 48.008

Md Farish Hafiy Farid Sezli, IDEMITSU HONDA YAM RACING, 48.117

- Advertisement -