Kasma Daniel Kasmayudin dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor meraih kemenangan di Litar Permotoran Terengganu bagi kategori CP150, pusingan keempat Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix pada Sabtu.
Kasma yang telah memulakan perlumbaan di grid ketiga selepas mencatatkan masa 48.944s di sesi “Superpole” telah menampilkan strategi yang mantap dalam perlumbaannya di litar tersebut. Sepanjang perlumbaan, Kasma telah mengekalkan kedudukannya di tempat ketiga dan keatas walaupun di cabar oleh pelumba-pelumba yang lain.
Kemahirannya terserlah apabila beliau mengekalkan momentumnya sepanjang tujuh belas lap sebelum mengorak langkah ke kedudukan kedua. Kasma tidak putus asa dan meneruskan perjuangannya untuk menguasai perlumbaan tersebut.
Persaingan kategori CP150 bertambah hebat pada lap terakhir di antara Kasma dan Nazirul, rakan sepasukannya yang menduduki tempat pertama pada ketika itu.
Pada selekoh terakhir, Kasma menyambar peluang untuk mengambil alih tempat Nazirul dan berjaya menguasai perlumbaan tersebut.
Kasma menamatkan perlumbaannya dengan catatan masa 16:30.494s.
Menurut Kasma, “Bagi saya, litar ini tidak begitu teknikal. Saya hanya mengekalkan momentum saya sepanjang perlumbaan agar kekal di tempat ketiga teratas.”
“Pada lap terakhir, saya mendapat peluang untuk menguasai tempat pertama dan terus mengambilnya.”
Tempat kedua jatuh ke tangan Nazirul Izzat Md Bahauddin dengan catatan masa 16:30.915.
Tempat ketiga pula menjadi milik pelumba Terengganu, Ahmad Afif Amran dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing dengan catatan masa 16:30.943s.
Bagi kategori CP125 pula, Md Fareez Afeez Abd Rahman of YYPang Yamaha Racing berjaya meraih tempat pertama.
Ini merupakan kejayaan yang pertama bagi Fareez untuk musim ini dan beliau yang menduduki tempat kelapan keseluruhan selepas perlumbaan akhir pusingan ketiga berjaya memaparkan kebolehannya untuk bersaing dengan hebat.
Fareez telah mencatatkan 51.608s pada sesi kelayakkan. Kepantasan and kemahirannya di litar teknikal terbukti apabila beliau berjaya menempatkan dirinya di grid pertama ketika “shoot-out”.
Fareez juga telah menampilkan strategi yang hebat apabila beliau berjaya mempertahankan kedudukannya di tempat pertama sepanjang perlumbaan walaupun di cabar oleh pelumba-pelumba lain yang tidak kurang hebat. Beliau menamatkan perlumbaannya dengan catatan masa 13’03.786s.
Menurut Fareez, “Strategi saya hanyalah untuk kekal konsisten sepanjang perlumbaan. Saya berikan perhatian sepenuh dan sentiasa memerhatikan masa agar saya dapat mempertahankan kedudukan saya.”
“Saya berterima kasih kepada pasukan saya yang telah bertungkus-lumus untuk kejayaan ini.”
Tempat kedua disambar oleh Md Haziq Md Hamdan dari pasukan Honda KC Racing dengan catatan masa 13’04.709s. Walaupun Haziq mencatatkan masa terpantas pada sesi kelayakkan, beliau tidak dapat mampu mempertahankan pencapaiannya pada perlumbaan akhir.
Tempat ketiga adalah milik Md Syafiq Rosli dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor dengan catatan masa 13’04.820s.
Sementara itu, Md Danish Aiman Zamrul dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing berjaya di tangga teratas bagi kategori Wira KBS.
Kedudukannya di grid pertama telah memberikan kelebihan bagi Danish untuk memecut ke hadapan di lap pertama dan terus mengekalkan kedudukannya secara konsisten sepanjang perlumbaan. Beliau telah menampilkan strategi yang menakjubkan apabila beliau berjaya mempertahankan kedudukannya bagi kesemua dua belas lap.
Danish juga kelihatan mantap dengan kelajuan jenteranya dan pada lap yang terakhir, Danish telah jauh meninggalkan rakan sepasukannya yang turut mengejar masa terpantas.
Danish mencatatkan masa terpantas di sesi kelayakkan semalam apabila mencatatkan 52.716s dan bagi perlumbaan akhir ini, beliau mencatatkan 10’42.974s.
Menurut Danish, “Saya bersyukur dapat mempertahankan kedudukan saya dari lap pertama sehingga yang terakhir. Saya tidak mempunyai strategi yang khusus bagi pusingan ini, namun saya cekal untuk terus konsisten sepanjang perlumbaan.”
“Saya hanya “play-safe” sepanjang perlumbaan dan ini telah membuahkan hasil.”
Tempat kedua dan ketiga di sambar oleh rakan sepasukan Danish iaitu Md Adam Haikal Jahar dan Md Syamil Amysar Md Iffende. Adam mencatatkan masa 10’45.880s manakala Syamil yang telah mencipta “Hat-trick” pada pusingan lepas mencatatkan masa 10’51.798.