Ahmad Afif Amran mengesahkan gelaran sebagai juara keseluruhan CP150 selepas muncul naib juara pada perlumbaan pusingan kesembilan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Jempol, Negeri Sembilan, hari ini.

Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing itu yang hanya memerlukan enam mata untuk dinobatkan sebagai juara tetap mempamerkan aksi bertenaga apabila berjaya memulakan perlumbaan akhir dari petak pertama.

Afif yang bermula dengan baik berjaya memimpin perlumbaan namun bagaimanapun berjaya dipintas oleh Kasma Daniel Kasmayuddin (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) pada penghujung perlumbaan sekaligus terpaksa berpuas hati di kedudukan kedua dengan masa keseluruhan 14’58.966s.

Kasma memenangi perlumbaan dengan masa keseluruhan 14’58.587s manakala Azroy Hakeem Anuar (Idemitsu Honda Givi Yuzy Racing) menghadiahkan podium pertama buat jentera Honda pada musim ini setelah menamatkan perlumbaan di tempat ketiga dengan masa keseluruhan 15’05.163s.

Selepas sembilan pusingan, Afif kini mengumpul 200 mata manakala Kasma di kedudukan kedua dengan 161 mata. Tempat ketiga ketika ini milik rakan sepasukan Afif, Md Hafiz Nor Azman dengan 116 mata.

“Saya sangat gembira dengan kemenangan ini dan menghadiahkan gelaran ini kepada seluruh pasukan yang telah bekerja keras sepanjang musim ini. Walaupun terpaksa akur di tempat kedua pada perlumbaan ini, namun saya tetap berpuas hati dam=pat menamatkan saingan dan mengesahkan gelaran di atas podium. Selepas ini misi kami untuk memastikan gelaran pasukan terbaik menjadi milik pasukan kami,” jelas Afif yang pernah bergelar juara keseluruhan CP115 musim 2013.

 

 

Sementara itu, saingan kelas CP115 menjadi milik duo Motul Zeneos Yamaha YY Pang dengan kemenangan menjadi milik Md Fareez Afeez dengan masa keseluruhan 9’30.509s manakala juara keseluruhan, Tengku Amirul Haffirudin di kedudukan kedua dengan masa 9’30.564s. Tempat ketiga dimenangi oleh Md Haziq Md Fairues (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) dengan masa 9’32.163s.

Kemenangan ini juga meletakkan Fareez muncul naib juara keseluruhan dengan 166 mata manakala Tengku Amirul di tangga teratas dengan 208 mata.

Dalam kategori WIRA KBS, Md Syarifuddin Azman meneruskan aksi cemerlang apabila meraih kemenangan keenam berturut-turut sekaligus mengesahkan kedudukan selaku juara keseluruhan bagi musim 2018.

Pelumba Idemitsu Kozi Yam Honda Racing itu menamatkan 12 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 9’45.758s mengatasi rakan sepasukan, Md Fadlyshah Redzuan di tempat kedua dengan masa 9’58.005s. Tempat ketiga milik Abdullah Qayyum A Razak (PETRONAS Sprinta YAMAHA) dengan masa 9’58.336s.

Dengan 25 mata yang dipungut, Syarifuddin kekal ditangga teratas dengan 158 mata, 25 mata mengatasi Md Danial Syahmi (SIC Junior Team AFB TECH Racing) namun memiliki kelebihan jumlah kemenangan berbanding pencabarnya itu.

Kemenangan ini menyaksikan gelaran keseluruhan kembali ke pasukan Idemitsu Kozi Yam Honda Racing selepas dimenangi Khairul Idham Pawi pada tahun 2014, Md Harith Farhan Baharin (2015) dan Md Syafiq Ezzariq (2016).

KEPUTUSAN PUSINGAN 9, JEMPOL, NEGERI SEMBILAN

CP150

1 Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 14:58.587s

2 Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 14:58.966s

3 Azroy Hakeem Anuar (KUL) Idemitsu Honda GiVi Yuzy Racing 15:05.163

4 Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 15:06.298s

5 Md Fitri Ashraff Razali (SGR) Weststar Cilik Racing Team 15:10.741s

Kedudukan Keseluruhan

1 Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 200 mata

2 Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 161 mata

3 Md Hafiz Nor Azman (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 116 mata

4 Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 102 mata

5 Md Ramdan Rosli (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 63 mata

CP115

1 Md Fareez Afeez (JHR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 9:30.509s

2 Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 9:30.564s

3 Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 9:32.163s

4 Md Aiman Azman (SGR) Idemitsu Honda GiVi Yuzy Racing Team 9:34.967s

5 Md Syafiq Rosli (PRK) ELF Koyoko Honda KC Racing 9:35.841s

Kedudukan Keseluruhan

1 Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 208 mata

2 Md Fareez Afeez (JHR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 166 mata

3 Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 124 mata

4 Nazirul Izzat Md Bahauddin (MLK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 103 mata

5 Ahmad Syukran Aizat (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 92 mata

WIRA KBS

1 Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 9:45.758s

2 Md Fadlyshah Redzuan (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 9:58.005s

3 Abdullah Qayyum A Razak (SGR) PETRONAS Sprinta YAMAHA 9:58.336s

4 Md Idil Fitri Mahadi (SGR) SIC Junior Team AFB TECH Racing 9:58.489s

5 Md Syahmi Md Anuar (NSN) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 9:59.256s

Kedudukan Keseluruhan

1 Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 158 mata

2 Md Danial Syahmi (PRK) SIC Junior Team AFB TECH Racing 133 mata

3 Md Alif Ashraf Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta YAMAHA 112 mata

4 Md Fadlyshah Redzuan (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 93 mata

5 Md Harith Haziq Zamri (SGR) SIC Junior Team AFB TECH Racing 66 mata

- Advertisement -