Pusingan kelapan Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix akan menuju ke Bandar Medini Iskandar, Iskandar Puteri buat pertama kali dalam 30 tahun.
Saksikan pelumba-pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha ā CKJ Racing Team beraksi minggu dalam perebutan takhta kejuaraan dalam kategori CP150.
Dengan kemenangan yang di kecapi oleh Afif Amran di pusingan ketujuh dua minggu lalu, pelumba Terengganu yang berada di kedudukan ketiga kini naik ke tempat kedua secara keseluruhan dengan hanya 7 mata kurang daripada rakan sepasukannya Akid Aziz.
Di perlumbaan tersebut, Akid mendominasi perlumbaan untuk 19-lap sebelum Afif menggunakan kemahiran dan pengalaman di litar kampung halaman untuk memintas rakannya.
Sepanjang perlumbaan tersebut, kedua-dua pelumba tersebut telah memberikan persembahan yang hebat di litar tersebut. Akid yang menamatkan perlumbaan di tempat kedua masih memegang kedudukan pertama secara keseluruhan dengan jumlah 121 mata.
Menurut Akid, āBagi saya, pencabar utama saya adalah Afif, Azroy dan Kasma. Sudah pasti, pelumba-pelumba lain juga mempunyai kelebihan masing-masing. Bagi pusingan seterusnya, saya jangkakan cabarannya berbeza kerana litar tersebut adalah litar baharu.
“Jika kita lihat susun atur litar tersebut, litar tersebut kelihatan mudah. Walau bagaimanapun, kita tidak akan tahu secara fizikalnya sehingga pada hari perlumbaan nanti.ā
āBagi saya, āsetupā untuk pengendalian adalah amat penting kerana āsetupā yang baik akan memberikan saya masa lap yang lebih konsisten. Ia juga memberikan saya keyakinan untuk berlumba. Bagi musim ini, saya agak bernasib baik kerana mendapat jentera yang bagus.
“Namun begitu, saya masih memerlukan lebih masa lap mendapatkan āsetupā yang baik kerana belum lagi memahami jentera dan masih mencari keselesaan di atas jentera saya. Saya akan teruskan usaha untuk mempertahankan kedudukan saya. Walaupun sukar kerana jumlah mata saya dengan Afif tidak begitu jauh dan saingan sentiasa sengit, saya tetap akan cuba sedaya upaya.
“Pasukan saya telah banyak membantu saya musim ini dengan penyediaan jentera yang cukup baik dan tidak pernah berputus asa untuk mendapatkan setup yang saya mahukan.ā
Afif pula berkata, āBagi saya, pencabar utama saya adalah pelumba Honda, iaitu Azroy dan juga pelumba Yamaha, Kasma kerana selama ini, mereka memang konsisten dengan ritma.
“Untuk perlumbaan yang akan datang, sudah pasti agak mencabar kerana masing-masing tidak mengetahui lagi cabaran di situ. Kami juga tidak mempunyai sebarang data. Walaupun litar tersebut kelihatan mudah, tidak mungkin kami akan tahu sehingga kami berlumba nanti.ā
āApa yang penting di litar baharu adalah āsetupā suspension untuk jentera. Kekurangan saya buat masa kini adalah berat badan saya yang telah meningkat. Saya adalah antara pelumba yang berat dalam kategori CP150 dan sememangnya telah menjejaskan ātop speedā saya.
“Kelebihan saya mungkin adalah pengalaman yang telah ditimba dan dapat membantu saya menangani kelemahan saya terutamanya di litar yang lebih kecil. Matlamat saya untuk musim ini adalah untuk berada dalam tempat tiga teratas. Jika ada rezeki untuk mara ke depan lagi, saya akan berusaha lebih dan buat yang terbaik untuk mencapai ātargetā saya.
“Pasukan saya telah banyak membantu terutamanya dalam penyediaan jentera yang kompetitif. Mereka juga sentiasa menyediakan latihan fizikal dan mental untuk setiap rider. Oleh itu, saya sangat berterima kasih kepada mereka.ā