Saingan perlumbaan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS dijangka bertambah menarik dengan kemungkinan pertambahan kepada tujuh kategori perlumbaan dalam kalendar musim 2017 yang akan bermula tidak lama lagi.

Perkara itu dinyatakan oleh promoter perlumbaan, Safe Aim Mutual Sdn Bhd serentak dengan pengumumkan jadual bagi 10 pusingan musim ke-24 yang akan bermula pada awal Mac dan berakhir pada November depan, hari ini.

Siri kejuaraan motosikal kebangsaan itu ketika ini mempunyai format enam kategori perlumbaan iaitu tiga kelas terbuka, satu kategori perlumbaan separa amatur dan dua kategori satu pengeluar sepanjang tiga musim lepas dan pertimbangan untuk menambah satu lagi kategori perlumbaan kelas ‘rookie’ bagi musim 2017 dapat membuka lebih ruang untuk pelumba-pelumba muda berada di atas grid perlumbaan.

“Tahun lepas kami telah memanjangkan tempoh permohonan untuk perlumbaan kategori satu pengeluar memandangkan sambutan yang cukup menggalakkan dan kami menerima hampir seribu permohonan dari remaja-remaja yang berminat untuk menjadi pelumba. Namun, hanya sebahagian kecil daripada mereka ini yang berpeluang untuk menyertai perlumbaan peringkat pembangunan yang dikendalikan oleh pihak pengeluar Honda dan Yamaha ini. Kami akui terdapat permintaan dan keperluan bagi membolehkan lebih banyak pelumba-pelumba muda dapat menceburi bidang sukan permotoran ini,” jelas Ron Hogg, Pengarah Safe Aim Mutual Sdn Bhd.

Kalendar 10 Pusingan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2017:
Pusingan 1 Temerloh, PAHANG 4 & 5 Mac
Pusingan 2 MAEPS, SELANGOR 25 & 26 Mac
Pusingan 3 KELANTAN 14 & 15 April (Perlumbaan Sabtu)
Pusingan 4 MELAKA 13 & 14 Mei
Pusingan 5 JOHOR 15 & 16 Julai
Pusingan 6 Teluk Intan, PERAK 4 & 5 Ogos
Pusingan 7 Kemaman, TERENGGANU 8 & 9 September (Perlumbaan Sabtu)
Pusingan 8 Kangar, PERLIS 7 & 8 Oktober
Pusingan 9 Jempol, N. SEMBILAN 4 & 5 November
Pusingan 10 Batu Kawan, P. PINANG 18 & 19 November

 

Cub Prix Mulls Addition of A Seventh Race Class

The 2017 season of the PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship may see the addition of a seventh race category into its burgeoning race roster.

Race promoters Safe Aim Mutual Sdn Bhd recently announced a 10-round race calendar with the championship’s 24th season set to start in early March and end in November.

The national motorcycle racing series had been operating on a 6-category race format over the past three seasons but the possibility of adding another rookie class is being considered seriously due to growing demand for more grid space among young hopefuls.

“Last year, we ran an extended Rider Search campaign that netted close to a thousand interested participants. Unfortunately, only a fraction would make the final cut into the established talent development programmes conducted by Yamaha and Honda. We acknowledge that there is an urgent need to open the gates a bit wider to allow for more young blood to enter the sport,” said Ron Hogg, Director of Safe Aim Mutual.

The 2017 10-round Malaysian Cub Prix calendar is as follows:
Round 1 Temerloh, PAHANG 4th & 5th March
Round 2 MAEPS, SELANGOR 25th & 26th March
Round 3 KELANTAN 14th & 15th April (Saturday Race)
Round 4 MELAKA 13th & 14th May
Round 5 JOHOR 15th & 16th July
Round 6 Teluk Intan, PERAK 4th & 5th August
Round 7 Kemaman, TERENGGANU 8th & 9th September (Saturday Race)
Round 8 Kangar, PERLIS 7th & 8th October
Round 9 Jempol, N. SEMBILAN 4th & 5th November
Round 10 Batu Kawan, P.PINANG 18th & 19th November

- Advertisement -