Azroy Hakeem Anuar menyempurnakan misinya dengan mudah di Litar Permotoran Terengganu apabila bergelar juara pada saingan Pusingan 4 Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS hari ini.

Pelumba pasukan Idemitsu Honda Yuzy Racing itu sekali lagi mempertahankan kejuaraannya di litar yang sama dalam kelas CP150 apabila memenangi perlumbaan akhir dengan catatan masa 16:40.336 saat (s).

Ternyata, litar sepanjang 1.371 kilometer itu memang gelanggang kegemaran pelumba asal Selangor itu selepas turut bergelar juara pada edisi 2019 lalu.

Semuanya berjalan lancar buat Azroy pada saingan kali ini, bermula daripada sesi kelayakan yang menyaksikannya muncul pelumba terpantas semalam.

Hari ini, dia meneruskan rentak cemerlang bagi mengotakan janjinya untuk terus berada di podium kemenangan.

“Alhamdulillah, semuanya berada dalam keadaan terbaik hari ini. Keadaan jentera juga mantap selain perasaan positif untuk memimpin perlumbaan. Semuanya berjalan lancar dan saya gembira dan sangat berterima kasih kepada seluruh krew pasukan yang telah bekerja keras untuk kejayaan ini,” jelas Azroy.

Dengan kemenangan itu, Azroy kini terus selesa memimpin kedudukan keseluruhan dengan meraih 81 mata, diikuti Helmi Azman yang sudah mengumpul 66 mata.

Tempat kedua perlumbaan akhir kelas CP150 hari ini menjadi milik pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing, Md Aiman Tahiruddin dengan merekod masa 16:41.346s manakala tempat ketiga menjadi milik Md Helmi Azman (HI REV SCK Honda Racing) dengan masa 16:43.825s.

Kelas CP125 pula menyaksikan kebangkitan juara keseluruhan kategori Wira musim lalu, Md Aliff Danial Md Asri yang kini menggalas cabaran pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor.

Aliff muncul juara kelas yang baharu diperkenalkan musim ini dengan catatan masa 13:06.521s.

Tempat kedua dan ketiga masing-masingnya menjadi milik Md Adib Rosley (IPONE Yamaha YYPANG Racing Team) dan Md Hafiza Rofa (ONEXOX TKKR SAG Team).

Pada perlumbaan itu, Adib yang agak tenggelam dalam tiga pusingan sebelum ini melakukan catatan masa 13:09.390s manakalan Hafiza menamatkan saingan dengan masa 13:15.210s.

Begitupun, kedudukan keseluruhan masih masih dipegang pelumba ONEXOX TKKR SAG Team, Md Shafiq Rasol yang sudah mengumpul 67 mata diikuti rakan sepasukannya, Md Hafiza dengan 57 mata.

Sementara itu, Rahimi Nabil Razu tidak mensia-siakan kelebihan beraksi di tempat sendiri apabila tampil hebat untuk muncul juara perlumbaan akhir kelas Wira.

Pelumba yang menggalas pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing itu memenangi perlumbaan 12 lap itu dengan catatan masa 10:47.161s.

Tempat kedua berada dalam genggaman pelumba pasukan Boss Susu Motorsports, Md Haziq Rosmaza dengan masa 10:48.380s diikuti tempat ketiga, Md Aeiman Hafidz Shahril (ONEXOX SAG Team) dengan catatan masa 10:50.874s.

Kemenangan yang diraih Rahimi itu terus mengukuhkan statusnya selaku pendahulu keseluruhan dengan mengumpul 78 mata.

Selepas ini, Litar Lumba Tangkak, Johor akan menjadi destinasi Pusingan 5 yang dijadualkan berlangsung pada 10-11 Oktober nanti.

 

Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS 2020

Pusingan 4 – Litar Permotoran Terengganu –

Keputusan perlumbaan – CP150 

1. Azroy Hakeem Anuar (Honda) (Idemitsu Honda Yuzy Racing), 16’40.336s

2. Mohd Aiman Tahiruddin (Yamaha) (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing), 16’41.346s

3. Mohd Helmi Azman (Honda) (Hi Rev SCK Honda Racing), 16’43.825s

4. Tengku Amirul Haffirudin (Yamaha) (IPONE Yamaha YY Pang Racing Team), 16’49.853s

5. Mohd Khairul Ikhwan Ajis (Yamaha) (AHM Motorsports Yamaha Racing), 16’49.937s

 

Kedudukan pelumba – CP150 selepas pusingan 4

1. Azroy Hakeem Anuar (Honda) (Idemitsu Honda Yuzy Racing), 81 points

2. Mohd Helmi Azman (Honda) (Hi Rev SCK Honda Racing), 66 points

3. Mohd Aiman Tahiruddin (Yamaha) (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing), 45 points

4. Mohd Akid Aziz (Yamaha) (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor), 41 points

5. Mohd Khairul Ikhwan Ajis (Yamaha) (AHM Motorsports Yamaha Racing), 40 points

 

Kedudukan pasukan CP150 

1. Idemitsu Honda Yuzy Racing, 100 points

2. Hi Rev SCK Honda Racing, 87 points

3. PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing, 71 points

 

Keputusan CP125 

1. Mohd Aliff Danial Mohd Asri (Yamaha) (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor), 13’08.521s

2. Mohd Adib Rosley (Yamaha) (IPONE Yamaha YY Pang Racing Team), 13’09.390s

3. Mohd Hafiza Rofa (Yamaha) (ONEXOX TKKR SAG Team), 13’15.210s

4. Mohd Faiz Zekri Sabri (Yamaha) (ONEXOX TKKR SAG Team), 13’15.575s

5. Mohd Syafieq Aiman Mohd Fauzi (Yamaha) (ONEXOX SAG Team), 13’16.195s

 

Kedudukan pasukan CP125 

1. Mohd Shafiq Rasol (Yamaha) (ONEXOX TKKR SAG Team), 67 points

2. Mohd Hafiza Rofa (Yamaha) (ONEXOX TKKR SAG Team), 57 points

3. Mohd Syafiq Rosli (Yamaha) (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor), 56 points

4. Mohd Aliff Danial Mohd Asri (Yamaha) (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor), 49 points

5. Mohd Adib Rosley (Yamaha) (IPONE Yamaha YY Pang Racing Team), 46 points

 

Kedudukan pasukan CP125 

1. ONEXOX TKKR SAG Team, 124 points

2. PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor, 105 points

3. ONEXOX SAG Team, 85 points

 

Keputusan WIRA 

1. Rahimi Nabil Razu (Yamaha) (PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing), 10’47.161s

2. Mohd Haziq Rosmaza (Yamaha) (Boss Susu Motorsports), 10’48.380s

3. Mohd Aeiman Hafidz Shahril (Yamaha) (ONEXOX SAG Team), 10’50.874s

4. Mohd Norhakim Mohd Norhafizullah (Yamaha) (ONEXOX SAG Team), 10’53.046s

5. Mohd Aqil Danial Nasrul (Yamaha) (PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing), 10’53.304s

 

Kedudukan pelumba WIRA 

1. Rahimi Nabil Razu (Yamaha) (PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing), 78 points

2. Mohd Aeiman Hafidz Shahril (Yamaha) (ONEXOX SAG Team), 54 points

3. Mohd Norhakim Mohd Norhafizullah (Yamaha) (ONEXOX SAG Team), 48 points

4. Mohd Izzat Mohd Raduan (Yamaha) (ONEXOX SAG Team), 42 points

5. Mohd Aqil Danial Nasrul (Yamaha) (PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing), 39 points

- Advertisement -