"Saya cuba menghalang Afif daripada memintas untuk mempertahankan kedudukan saya," jelas Kasma.
“Saya cuba menghalang Afif daripada memintas untuk mempertahankan kedudukan saya,” jelas Kasma.

Malaysian Cub Prix Championship logoKasma Daniel Kasmayudin sekali lagi mencetus kontroversi dalam usahanya memburu gelaran juara keseluruhan CP130 setelah tindakan aggresifnya sewaktu perlumbaan akhir pada pusingan keenam Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Kemaman, Terengganu, semalam menyebabkan pelumba berusia 16 tahun itu dikenakan denda berjumlah RM2000 atas kesalahan ‘Unsporting behaviour’.

Sekalipun bergelar juara, pelumba PETRONAS Yamaha Maju Motor itu menerima tekanan dari Ahmad Afif Amran sewaktu perlumbaan dan dilihat seringkali menghalang laluan pencabarnya itu dengan sengaja.

Tindakan itu bagaimanapun dilihat oleh steward perlumbaan sebagai tindakan yang melanggar peraturan dan tidak mempunyai semangat kesukanan ketika di litar.

“Alat penukar gear saya mengalami kerosakan sewaktu perlumbaan menyebabkan saya agak panik dan tertekan kerana Afif rapat di belakang dan sedar bila-bila masa sahaja boleh memotong saya. Sebab itu saya cuba menghalang Afif daripada memintas untuk mempertahankan kedudukan saya,” jelas Kasma sambil menerima dengan terbuka hukuman yang dikenakan oleh steward perlumbaan.

Sementara itu bagi Ahmad Afif, dia tidak hiraukan tindakan Kasma sebaliknya hanya memberi sepenuh tumpuan untuk memenangi perlumbaan dengan adil.

“Saya fikir Kasma mengalami masalah kerana dia seringkali melihat ke belakang untuk mengetahui di mana saya berada. Saya tidak sedar tindakan itu adalah satu kesalahan. Saya fikir dia turut panik kerana Ahmad Fazli tidak berada di belakang untuk membantunya. Saya tidak terfikir untuk membalas atau melakukan tindakan serupa kerana saya mahu menang dengan beraksi sehabis baik dan mempunyai semangat kesukanan,” jelas Afif yang pada masa sama turut mengucapkan tahniah diatas kemenangan Kasma.

Steward perlumbaan dari AAM turut memberi amaran terakhir kepada Kasma diatas tindakan seperti itu. Jika kesalahan serupa berulang pada perlumbaan akan datang, pelumba itu bakal menerima hukuman ditolak mata perlumbaan.

 

Saingan kelas CP115 musim lepas agak mudah bagi Kasma Daniel Kasmayuddin yang berusia 16 tahun.
PETRONAS Yamaha Maju rider; Kasma Daniel Kasmayudin has been fined RM2,000 for unsporting behaviour.

KASMA IN TROUBLE AGAIN

Only 16 years old, but young CP130 championship leader Kasma Daniel Kasmayuddin has become no stranger to controversy in his ongoing campaign to win the PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix title this year. Following his aggressive ride in Round 6 at Kemaman last weekend, the PETRONAS Yamaha Maju rider has been fined RM2,000 for unsporting behaviour.

Under pressure from PETRONAS Yamaha-CKJ rider Ahmad Afif Amran, Kasma repeatedly rode into Afif’s path in multiple attempts to block the Terengganu rider’s progress. The AAM stewards had taken a dim view to this unsporting on-track behaviour.

“My gear shifter was damaged during the race and I panicked because I knew that Afif could easily overtake me. That was why I tried to hard to block him,” explained Kasma.

On the flip side of the coin, Ahmad Afif Amran recalled that he wanted no part of the on-track shenanigans and was only focused on trying to win the race fairly.

“I guessed Kasma was in trouble because he kept turning behind to spot my position. I didn’t know what exactly was wrong. Initially I thought that he panicked without Ahmad Fazli Sham to protect his flanks. But throughout the 18-lap race, I refused to be drawn in by retaliating to his racing behaviour. I just wanted to win fair and square,” said Afif who showed true sportsmanship when he still congratulated Kasma on his win.

The AAM stewards had informed Kasma that this would be his final warning. Any further displays of such behaviour in future rounds will result in deduction of championship points.

- Advertisement -