Helmi keciciran mata dalam persaingan untuk merebut gelaran juara keseluruhan Wira musim 2016.
Helmi #16 keciciran mata dalam persaingan untuk merebut gelaran juara keseluruhan Wira musim 2016.

Malaysian Cub Prix Championship logoAhmad Fuad Baharuddin berharap insiden perlanggaran pada perlumbaan akhir dalam kateogri Wira di Temerloh tidak menjejaskan tumpuan pelumba pasukannya, Mohd Helmi Azman untuk tampil cemerlang pada perlumbaan Pusingan 9 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Jempol, Negeri Sembilan, hujung minggu ini.

Insiden perlanggaran ketika persaingan sengit merebut gelaran juara diantara Helmi dan pendahulu keseluruhan, Mohd Shafiq Ezzariq menjadi perbualan diantara peminat Kejuaraan Cub Prix sehingga menyaksikan Helmi keciciran mata dalam persaingan untuk merebut gelaran juara keseluruhan Wira musim 2016.

Namun bagi prinsipal pasukan IUGB AFB Tech Racing, Ahmad Fuad, yang juga juara tiga kali kelas perdana Kejuaraan Cub Prix, ia adalah insiden biasa dalam perlumbaan.

2016 PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship - Mohd Helmi Azman
Fuad(kiri) yang memahat nama sebagai pemenang perlumbaan di Litar Jempol pada tahun 2013 sekalipun bermula dari petak terakhir.

“Kejadian seperti itu sering terjadi dan boleh dijadikan pengajaran serta pelajaran terbaik buat Helmi untuk terus maju. Helmi perlu belajar untuk mempertahankan kedudukan dan merancang strategi dengan lebih baik sewaktu berlumba,” jelas Fuad.

Sorotan video perlumbaan lepas di Temerloh pada 25 September menyaksikan pertarungan sengit diantara kedua-dua pelumba ini dan berakhir dengan kemalangan melibatkan Helmi yang terbabas dan merempuh beg udara namun masih berupaya bangkit untuk meneruskan perlumbaan. Insiden ini turut mencetuskan perdebatan di laman sosial diantara penyokong kedua-dua pelumba dan peminat Kejuaraan Cub Prix.

“Saya tidak mahu Helmi terkesan dengan insiden lepas. Saya mahu dia fokus terhadap perlumbaan di Jempol, ditambah dengan bentuk litar yang agak teknikal. Dia perlu belajar dari kesilapan untuk lebih berjaya kerana dia merupakan seorang pelumba muda yang berbakat dan telah beraksi dalam pelbagai siri perlumbaan termasuk perlumbaan menggunakan jentera Moto3 di saingan Asia Talent Cup.

“Sebagai pelumba, dia juga perlu bijak merancang strategi tanpa mengharapkan kelajuan jentera semata-mata untuk memenangi perlumbaan. Dia perlu lebih memahami bagaimana untuk menggunakan kelebihan dan kekurangan jentera di setiap sudut litar dan bila masa yang sesuai untuk menjarakkan diri atau untuk memintas. Perlumbaan di Cub Prix ini baik untuk pelumba-pelumba muda mengasah bakat perlumbaan kerana saingan yang kompetitif dan litar yang mencabar,” jelas Fuad yang memahat nama sebagai pemenang perlumbaan di Litar Jempol pada tahun 2013 sekalipun bermula dari petak terakhir.

 

 

2016 PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship - Mohd Helmi Azman
Helmi’s mentor Ahmad Fuad Baharuddin(left) finally broke his silence to weigh in on the matter.

Fuad weighs into nip potential Shafiq-Helmi tiff in the bud.

The battle royale between Wira title favourite Mohd Shafiq Ezzariq and upcoming young talent Mohd Helmi Azman during the Temerloh Cub Prix last month had drawn a fair bit of interest among Malaysian motorsports fans. With Round 9 of the 2016 PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship in the offing at Jempol this weekend, Helmi’s mentor Ahmad Fuad Baharuddin finally broke his silence to weigh in on the matter.

“It was nothing more than a racing incident. If there were any lessons to be learnt, it is that Helmi must protect his racing lines better,” said the 3-times Cub Prix champion and IUGB AFB Tech Racing team principal.

Video footages from the previous race on September 25th saw both riders engaged in a fierce tussle for the race lead but ended when Helmi succumbed to pressure and crashed into the air fence during the closing laps of the race. The incident sparked a lively online debate between fans of both riders.

“I don’t want Helmi to be too badly affected by his crash in the previous round. His focus should be on the upcoming race in Jempol which is another technical circuit. Learn the lesson and move on. Helmi is a very talented young rider who has even had exposure on the Moto3 bike when he took part in the Asia Talent Cup. But a rider cannot always rely on engine power alone to win races for him. In situations where the machines are equal and riders are scrapping for every inch of track space, the ability to know where and when to attack could tip the odds in one’s favour. Cub Prix is a good arena for young riders to hone this aspect of their race craft,” said Fuad who in 2013, won the CP130 race in Jempol despite starting from the back of the grid.

- Advertisement -