Dari seorang pekerja bank, kini bergelar Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) â itu bukan jalan cerita dalam sebuah kisah dongeng.
Datoâ Hamidin Mohd Amin secara rasmi bergelar Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang baru bagi penggal 2017-2021 sejurus berakhir Kongres Tahunan FAM yang ke-54 pada Sabtu.
Hamidin mencatat sejarah sebagai setiausaha agung pertama, dan’orang biasa’ pertama untuk menduduki kerusi nombor satu FAM itu kerana enam presiden sebelum ini, sama ada merupakan orang politik ataupun orang istana.
Selepas negara mencapai kemerdekaan, tiga Presiden yang pertama adalah Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj (1958 â 1974), Tun Abdul Razak (1974 â 1976) dan Tan Sri Hamzah Abu Samah (1976 â 1983) yang merupakan ahli politik.
Tiga presiden selepas itu pula adalah orang istana bermula dengan Sultan Ahmad Shah (1983 â 2014), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (2013 â 2017) dan Tunku Ismail Sultan Ibrahim (2017 â 2018).
Hamidin pula bukan sesiapa, malah dia sendiri pastinya tidak menyangka apabila aktif terlibat Kelab Penyokong Bolasepak Selangor kira-kira 30 tahun lalu, ia akan membawanya untuk berada di kedudukan ini.
Beliau hanyalah seorang pekerja bank yang merupakan penyokong tegar bolasepak Selangor. Hamidin berkhidmat di tiga buah bank sepanjang 11 tahun iaitu Bank Pertanian Malaysia (1984 â 1985), Malayan Banking bErhad (1985 â 1991) dan Perwira Habib Bank Berhad (1991 â 1995) dan merupakan orang kuat dalam Kelab Penyokong Bolasepak Selangor.
Nama Hamidin mula dikenali dalam arena bolasepak apabila beliau meninggalkan bidang perbankan dan menyertai Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) sebagai Setiausaha Eksekutif pada 1 Ogos 1995 sebelum dilantik sebagai Setiausaha Agung pada 1 Januari 1998Â – jawatan yang disandangnya sehingga 2013.
Dalam tempoh 18 tahun bersama FAS itulah Hamidin berjaya untuk mengembangkan bakat kepimpinan dan mengukuhkan âCVâ nya dalam bidang pentadbiran bolasepak. Beliau berjaya untuk membina imej serta reputasi cukup baik yang dikagumi ramai.
Beliau berkhidmat di bawah enam Presiden FAS iaitu Tan Sri Muhammad Muhamad Taib, Datoâ Mohd Aini Taib, Tengku Idris Shah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Tengku Datuk Seri Ahmad Shah, Datoâ Seri Mohamad Khir Toyo dan Tan Sri Khalid Ibrahim.
Sewaktu bersama FAS, Hamidin pernah banyak terlibat di dalam jawatankuasa-jawatankuasa FAM antaranya sebagai Exco FAM dari 2007-2010 dan Naib Presiden dari 2010-2014. Begitupun pada 27 Jun 2013, Hamidin âberhijrahâ terus ke FAM apabila dilantik sebagai Setiausaha Agung FAM yang baru sebagai menggantikan Datuk Azuddin Ahmad. Â
Keputusan pelantikan Hamidin sebagai Setiausaha Agung baru FAM diumumkan sendiri oleh Presiden FAM ketika itu, Sultan Ahmad Shah, menjadikannya sebagai Setiausaha Agung ketujuh selepas Datuk Kwok Kin Keng (1951-1980), Datuk Paul Murugasu (1980-1985), Datuk Dell Akbar Khan Kyder Khan (2000-2005), Datuk Seri Ibrahim Saad (2005-2007) dan Azuddin (2007-2013).
Dengan pelantikan ini juga, Hamidin terpaksa melepaskan jawatannya sebagai Naib Presiden FAM, Pengerusi JKPT FAM, serta jawatan di Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).
Meskipun tiga kali kerusi presiden bertukar pemilik dari Sultan Ahmad Shah kepada Tengku Abdullah dan kemudiannya Tunku Ismail, kepercayaan terhadap kredibiliti Hamidin tidak terhakis.
Maka tidak hairanlah sejurus melepaskan jawatan pada 25 Mac lalu, Tunku Ismail membuat kejutan apabila menamakan Hamidin sebagai individu paling layak untuk menggantikan tempat baginda.
Menurut Tunku Ismail, ini kerana Hamidin berpengalaman luas dan mengetahui selok-belok dalam bolasepak dengan cukup arif sambil menegaskan ia bukan sesuatu yang baru untuk Setiausaha Agung dilantik sebagai Presiden kerana mereka memahami sistem bolasepak itu.
Malah baginda mengakui mempunyai hubungan baik dengan Hamidin dan meminta semua ahli gabungan untuk memberikan sokongan kepada Hamidin kerana ianya akan memudahkan kerjasama antara FAM dan Malaysia Football League (MFL).
Tokoh-tokoh sukan tanah air pula berpendapat Hamidin calon paling layak kerana mempunyai hubungan baik dengan persatuan bolasepak luar negara serta badan-badan seperti AFF, Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dan Persekutuan Bolasepak Dunia (FIFA).
Sebaik pencalonan dibuka, Hamidin telah menerima 18 pencalonan â hanya Persatuan Bolasepak Negeri Pahang dan Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur memilih untuk âmelawan arusâ dengan masing-masing mencadangkan Datuk Seri Azim Mohd Zabidi dan Tan Sri Annuar Musa sebagai pilihan mereka.
Kedua-dua Azim dan Annuar bagaimanapun membuat keputusan menarik diri kerana pelbagai komitmen lain dan membolehkan Hamidin akhirnya menang jawatan presiden tanpa dicabar.
Tahniah diucapkan. Semoga beliau akan dapat membawa satu revolusi yang sangat diharapkan oleh penyokong bolasepak tempatan! – OLEH MUHAMMAD AIMAN