Rentetan isu pengguguran atlet pecut S Komalam Shally yang berbaki 9 hari lagi akibat isu disiplin membuatkan Datuk Marina Chin selaku Chief De Mission (CDM) Sukan SEA kali ini dihujani dengan soalan mengenai isu tersebut berulangkali.Â
Bekas ratu trek ini merayu agar atlet dan jurulatih tidak diganggu dengan soalan-soalan yang boleh mencetuskan kontroversi dan mengganggu fokus mereka di saat-saat genting menjelangnya temasya Sukan SEA ini.
” Saya merayu supaya kes ini jangan diheboh-hebohkan. Semuanya telah selesai dan keputusan telah dibuat “.
” Kita tidak akan bertolak ansur dengan isu disiplin. Sebagai seorang CDM, individu dan bekas pengetua, saya berpegang teguh dengan disiplin “.
” Tanpa disiplin yang bagus kita tak akan ke mana-mana. Jika tindakan seperti ini tidak diambil, orang luar akan memberikan tanggapan yang pelbagai kepada kami ” jelasnya lagi.Â
Selain Datuk Marina, turut hadir di stadium ketika sesi latihan ialah Datuk Salim Parlan, Pengurus Pasukan Olahraga yang turut berharap agar rakyat Malaysia ramai-ramai memberi sokongan kepada atlet olahraga negara.
“Kita telah susun jadual yang membolehkan rakyat datang beramai-ramai ke stadium kerana kebanyakan acara olahraga adalah pada waktu petang dan malam. Stadium juga boleh memuatkan lebih 100 ribu orang penonton dan ianya percuma”.
“Sukan olahraga ini memerlukan tenaga yang luar biasa. Jika rakyat memberikan tepukan dan sorakan yang padu pasti atlet-atlet negara bersemangat untuk menamatkan larian mereka lebih-lebih lagi di halaman sendiri ” ujar beliau. – OLEH WANIE JEMAIN