Pemain kelahiran Brazil yang beraksi bersama pasukan Perak FC telah didaftarkan sebagai pemain tempatan untuk saingan Liga Malaysia 2021.
Perkara ini diumumkan oleh Perak FC menerusi kenyataan dilaman sosial facebook mereka hari ini sekaligus The Bos Gaurus memiliki dua kekosongan bagi kemasukan pemain import.
De Paula berusia 34 tahun memulakan kariernya dalam saingan Liga M pada 2015 dengan pasukan Selangor sebelum beraksi untuk PDRM pada 2016.
Kariernya diteruskan bersama Kuala Lumpur pada 2017-2019 sebelum Perak FC menyambarnya untuk Liga M 2020.
Persiapan bagi musim 2021, De Paula mula menunjukkan ‘bisanya’ apabila meledak satu gol untuk membantu Perak FC melakar kemenangan tipis 2-1 ke atas Penang FC di Ipoh.