Skuad hoki wanita menamatkan saingan peringkat kumpulan A ditangga keempat selepas melakar satu kemenangan satu seri dan dua kekalahan.
Perlawanan terakhir peringkat kumpulan, anak didik Dharmaraj melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas pasukan tercorot, Wales.
Gol tunggal Malaysia dijaringkan Hanis Nadiah Onn di minit ke 23 sekaligus memberikan kemenangan penting untuk Malaysia.
Bagi Dharmaraj, kemenangan pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan, Malaysia layak untuk mendapat tiga mata selepas usaha keras yang dipamerkan pemain pemain.
“Pemain masuk ke padang dengan situasi perlu menang dan jika seri, kita akan main untuk penentuan tempat 9 dan 10.
“Kita bermain dengan misi untuk menang selepas mendahului 1-0,”kata Dharmaraj.
Malaysia akan berdepan Scotland bagi penentuan tempat ke 7 dan 8 petang esok.
Namun kemenangan yang diraih pada hari ini dibayar dengan kehilangan pemain tengah, Surizan Awang yang mengalami kecederaan .
“Surizan nampak cedera di betis dan mungkin tidak dapat beraksi esok. DIa tidak boleh berjalan dan terpaksa di dukung balik ke bilik,”kata Dharma lagi.
Kumpulan A diungguli England, berkongsi 9 mata dengan India yang berada di tangga kedua dibezakan dengan jumlah jaringan.OLEH KU MOHD LUFTI