Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) mengesahkan tonggak penyerang import, Dickson Nwakaeme sah meninggalkan kelab itu.

Malah, seorang lagi pemain, Faisal Halim dikhabarkan turut sama mengikuti jejak Nwakaeme.

Laman sosial facebook PBNP memuat naik entri dua pemain ini baru baru ini, mengucapkan terima kasih dan selamat maju jaya.

Faisal Halim beraksi untuk Pahang selama lima musim, manakala Dickson Nwakaeme memulakan kariernya di Liga Malaysia sejak menyertai Kelantan pada musim 2013 sebelum menyarung jersi Pahang pada 2014 dan 2015

Beliau berkelana ke Perancis pada 2016 untuk menyertai kelab yang bersaing di Ligue 1, Angers SCO namun gagal menempatkan diri dan kembali semula ke Pahang pada 2019.

Faisal Halim dikaitkan dengan pasukan Terengganu FC dan Selangor manakala Dickson belum memutuskan pasukan yang akan disertai namun beliau menegaskan akan kekal di Liga M kerana sudah selesa dan juga telah menyesuaikan dirinya dengan suasana bola sepak di sini.

 

 

- Advertisement -