#Program yang diperkembang Ini Akan Mengunjungi Lebih Daripada 200 Buah Sekolah di Seluruh Malaysia Termasuklah Hentian Sulung di Pulau Pinang
#Pendaftaran Dalam Talian Kini Boleh Dilakukan di www.jrnba.asia/malaysia
Jr. NBA, program pembangunan belia antarabangsa NBA yang bertujuan untuk menggalakkan penyertaan dalam sukan bola keranjang dan memupuk gaya hidup yang aktif di kalangan kanak-kanak, akan kembali ke Malaysia untuk tahun ketiga berturut-turut bermula 2 April.
Di bawah program yang diperkembangkan ini, para pelajar dari lebih 200 buah sekolah akan berpeluang mengasah bakat di siri klinik bola keranjang yang akan diadakan di Kuala Lumpur. Selain itu, klinik bola keranjang tersebut turut akan diadakan untuk julung kalinya di Pulau Pinang. Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady) akan sekali lagi menjadi rakan penyampai Jr. NBA di Malaysia.
Jr. NBA Malaysia 2016 yang diterajui oleh Dutch Lady akan berlangsung sehingga bulan Ogos dan dijangka melibatkan lebih 4,000 pelajar lelaki dan perempuan dalam tahun ketiga ini. Para peserta akan dilatih dalam asasi sukan bola keranjang serta kepentingan nilai-nilai teras Jr. NBA iaitu semangat kesukanan, berkerjasama, sikap yang positif, dan saling menghormati.
Dutch Lady telah berganding bahu dengan Jr. NBA untuk program Drink. Move. Be Strong, yang bertujuan memupuk sikap yang positif terhadap pemakanan sihat dan sukan, di samping menonjolkan kepentingan peranan susu dalam tumbesaran kanak-kanak.
Menurut kajian South East Asian Nutrition Survey (SEANUTS)*, hampir 50% kanak-kanak di Malaysia mengalami kekurangan kalsium. Kajian tersebut juga menunjukkan bahawa sebilangan besar kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun kini kurang giat dari segi fizikal.
Justeru, usaha saling mendorong pengamalan gaya hidup yang lebih aktif serta diet yang sihat dalam kalangan kanak-kanak adalah amat penting untuk menjaga kesihatan mereka. Susu merupakan rakan yang sempurna kepada kegiatan kesukanan dan keaktifan. Ia membantu membina otot, mengukuhkan tulang, dan menjaga penghidratan.
“Drink. Move. Be Strong merupakan gerakan Dutch Lady untuk membina keluarga-keluarga yang tahan lasak. Melalui program ini, kami menggalakkan seisi keluarga untuk minum sekurang-kurangnya dua gelas susu sehari serta meluangkan sejam sehari untuk melakukan senaman luar supaya dapat menguatkan diri dari segi fizikal dan mental,” kata Ashlee Ng, Pengarah Pemasaran Dutch Lady Malaysia.
“Sejak dua tahun yang lalu, kerjasama kami dengan Jr. NBA telah berkhidmat sebagai platform yang berkesan dalam usaha mendorong aktiviti fizikal melalui sukan bola keranjang. Di samping itu, Dutch Lady turut dapat manfaat dari reputasi Jr. NBA yang cemerlang ke arah mewujudkan kesedaran dan mendidik kanak-kanak tentang gaya hidup yang aktif dan sihat.
Hubungan antara Dutch Lady dengan para pengguna dan kakitangan syarikat pula dapat dieratkan melalui peluang-peluang ini yang tidak ternilai. Dutch Lady berbesar hati untuk sekali lagi bekerjasama dengan Jr. NBA untuk menjayakan tahun ketiga program ini yang turut akan memperkenalkan Jr. NBA kepada Pulau Pinang, dengan harapan inisiatif ini akan turut menerima sambutan yang mesra daripada para keluarga dan kanak-kanak. ”
“Kami sangat teruja dengan kembalinya Jr. NBA Malaysia yang dibawakan oleh Dutch Lady kerana kami berazam untuk memberi impak yang positif kepada kehidupan kanak-kanak, ibu bapa, dan para jurulatih di seluruh negara,” kata Francesco Suarez, Naib Presiden Perkongsian Pemasaran Global, NBA Asia.
“Bersama Dutch Lady, kami meneruskan komitmen untuk menyediakan persekitaran yang selamat dan menyeronokkan agar kanak-kanak di Malaysia dapat menjadi aktif sambil mendidik mereka mengenai nilai-nilai kesukanan positif dan manfaat tabiat pemakanan yang betul.”
Jr. NBA Malaysia 2016 yang diterajui oleh Dutch Lady dilancarkan pada hari ini dengan program Train the Trainers di SJK (C) Kwang Hon. Program ini diikuti dengan sebuah klinik untuk jurulatih dan klinik terbuka untuk kanak-kanak di Sekolah Antarabangsa IGB pada 2 April, serta klinik tambahan pada keesokan harinya.
Selain itu, beberapa siri klinik di sekolah juga akan dijalankan sebelum kem pemilihan pada 16 Julai yang akan menyaksikan 40 pelajar lelaki dan 24 pelajar perempuan terbaik yang berumur 10 hingga 14 tahun akan dipilih berdasarkan siri penilaian kemahiran dan karakter untuk mengambil bahagian di dalam Kem Latihan Kebangsaan Jr. NBA dari 5-7 Ogos.
Program Train the Trainers diperkenalkan pada tahun ini dengan tujuan melanjutkan pembangunan sukan bola keranjang tempatan, di samping memberi didikan dan sokongan kepada para jurulatih yang mengambil bahagian untuk membantu memperbaik sukan bola keranjang peringkat belia di Malaysia.
Seperti biasa, Kem Latihan Kebangsaan ini akan dihadiri oleh seorang lagenda atau pemain semasa NBA dan menampilkan sebuah acara mendekati komuniti NBA Cares. Program ini akan diakhiri dengan pemilihan 10 pelajar lelaki dan lima pelajar perempuan yang akan diberi gelaran 2016 Jr. NBA Malaysia All-Stars.
Para peserta kem yang cemerlang ini akan dapat menikmati pengalaman NBA yang unik di luar negara bersama Jr. NBA All-Stars yang lain dari Asia Tenggara pada tahun ini. Program ini adalah percuma dan terbuka kepada pelajar-pelajar lelaki dan perempuan yang berumur 5-14 tahun.
Walau bagaimanapun, hanya peserta yang berumur 10-14 tahun akan dipilih untuk menyertai kem pemilihan dan Kem Latihan Kebangsaan. Selain daripada rakan penyampai, Dutch Lady, acara ini disokong oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, Spalding dan Westports Malaysia Dragons, manakala Astro merupakan Penyiar Rasmi NBA.
Jr. NBA mengajar kemahiran-kemahiran asas serta nilai-nilai teras sukan bola keranjang di peringkat awal dalam usaha memupuk dan memperbaik pengalaman bola keranjang belia untuk para pemain, jurulatih dan ibu bapa. Sepanjang musim 2015-16, Jr. NBA akan mendekati lebih daripada 6.5 juta belia dari 33 buah negara.
Pendaftaran untuk klinik-klinik jurulatih, klinik-klinik terbuka dan kem pemilihan kini dibuka melalui laman web rasmi acara ini di www.jrnba.asia/malaysia. Para peminat boleh mengikuti Jr. NBA di Facebook di www.facebook.com/jrnbamalaysia.
Untuk semua maklumat mengenai NBA, layari www.nba.com dan jadilah ‘rakan’ akaun rasmi NBA di aplikasi LINE dengan menambah akaun @nba_global.
Rujukan:
* Nutritional status and dietary intakes of children aged 6 months to 12 years: findings of the Nutrition Survey of Malaysian Children (SEANUTS Malaysia), British Journal of Nutrition (2013), 110, S21–S35.