Pengendali Pahang, Dollah Salleh mengharapkan keajaiban memihak Pahang ketika mengharungi saingan Piala Malaysia yang dijadual bermula November depan.
Pahang yang ‘rancak’ dengan masalah dalaman termasuk tunggakan gaji musim ini sepi tanpa sebarang trofi sejak musim lepas.
Kali terakhir Pahang menjulang trofi pada 2018 dimana meraka muncul juara Piala FA.
Manakala kejuaraan Piala Malaysia yang terakhir dijulang oleh Tok Gajah adalah pada 2014.
Pahang menamatkan saingan Liga Super di tangga ketujuh dengan 14 mata.
Kecederaan pemain pemain utama menjadi faktor kemeruduman prestasi Pahang dalam saingan Liga M musim ini namun ia tidak mematahkan semangat Dollah Salleh untuk memberikan yang terbaik dalam saingan Piala Malaysia.
Â