Oleh Muhammad Aiman
Setelah 11 tahun mendominasi, rekod tanpa kalah 59 perlawanan ratu skuash negara Datoâ Nicol David di Kejohanan Skuash Terbuka Hong Kong akhirnya lebur di tangan juara remaja dunia, Nouran Gohar.
Dalam aksi separuh akhir di Pusat Skuash Hong Kong, kudrat bintang muda Mesir berusia 18 tahun itu nyata terlalu kuat untuk disaingi Nicol yang baru meraikan hari lahirnya ke-33 pada Jumaat apabila tunduk 9-11, 7-11, 13-11, 9-11 dalam aksi sengit yang berlangsung 57 minit. Â Â Â Â Â
Ia sekaligus menoktahkan impian Nicol, juara dunia lapan kali dan pemain nombor tiga dunia untuk merangkul gelaran kesebelasnya setelah mengungguli kejohanan itu 10 kali berturut-turut sejak 2006.
âMasih sukar untuk percaya saya menang perlawanan ini, ia umpama satu mimpi kerana saya datang ke sini tanpa harapan besar dan hanya mahu lakukan yang terbaik. Tapi saya melangkah ke final setelah menundukkan juara 10 kali.
âIanya bukan mudah untuk saya walaupun setelah mendahului 2-0 kerana Nicol adalah seorang pejuang sebenar, dia menyukarkan saya, lihat bagaimana dia bangkit di set ketiga walaupun saya sudah berada pada match-point. Pujian kepada Nicol, dia seorang legenda. Saya cukup teruja dengan kemenangan ini,â kata Nouran, dipetik dari laman web rasmi kejohanan.
Menanti Nouran di final adalah pemain pilihan ketujuh dari Amerika Syarikat, Amanda Sobhy yang melangkah setelah mengejutkan juara dunia, Nour El Sherbini yang juga pemain nombor satu dunia dalam pertarungan straight set 12-10, 11-5, 11-6.