mas22-bru

Oleh Muhammad Aiman

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membuat keputusan membatalkan dua perlawanan persahabatan membabitkan skuad B-22 kebangsaan menentang Myanmar yang dijadualkan berlangsung pada 9 dan 12 Disember ini.

Meskipun tidak mendedahkan sebab sebenar keputusan itu diambil, ianya dipercayai sebagai tanda solidariti membantah kekejaman rejim junta tentera terhadap etnik Rohingya beragama islam di Myanmar.

Ia bagaimanapun tidak hadir sebagai satu kejutan kerana sebelum ini sudah ada desakan dari pelbagai pihak agar pasukan bolasepak negara memboikot saingan peringkat kumpulan Kejohanan Piala AFF Suzuki 2016 yang berlangsung di Yangon kabinet memberi lampu hijau untuk terus bertanding.

Harimau Malaysia bagaimanapun beraksi buruk di kejohanan dwitahunan itu dan gagal melepasi halangan peringkat kumpulan setelah sekadar menduduki tangga ketiga Kumpulan B di belakang Vietnam dan Myanmar.

Dalam pada itu, ketiadaan aksi persahabatan antarabangsa bermakna skuad Frank Bernhardt sekadar menjalani latihan pusat bersama sejak kali terakhir berdepan Brunei bulan lalu.

Pengendali dari Jerman itu sebelum ini sudah menegaskan bahawa sukar untuk membentuk sebuah pasukan kompeten tanpa aksi kompetitif justeru FAM ketika ini perlu segera mencari alternatif lain sebagai penyelesaian.

- Advertisement -