JUARA bertahan acara bola sepak SUKMA, Sabah, berdepan tamparan hebat menjelang aksi pembukaan kumpulan A esok menentang tuan rumah, Perlis , apabila dua benteng kental mereka mengalami kecederaan.
Pertahanan tengah, Mohd Badrul Afendi Mohd Fazli mengalami kecederaan groin , manakala Billy Dolienti yang beraksi di pertahanan kanan berkemungkin tidak dapat beraksi di SUKMA kali ini apabila mengalami kecederaan lutut.
Jurulatih Sabah Burhan Ajui bagaimanapun bersedia dengan “Plan B” bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan dua pemain terbabit.
Sabah tampil ke kangar dengan reputasi besar selaku juara bertahan, namun tidak mahu meletakkan pemain-pemainnya dalam situasi tertekan.
“Memang ada tekanan tetapi skuad kali ini adalah skuad yang berbeza dari pasukan yang memenangi emas di Kuantan kecuali 4 pemain yang masih bersama skuad Sabah di Perlis kali ini.”
Sabah di undi dalam kumpulan A bersama tuan rumah Perlis, Pahang dan Sarawak.
Ditanya mengenai prestasi pasukannya di Piala Presiden, Burhan Ajui menyifatkan cabaran di Sukma adalah berbeza dari saingan Piala Presiden, dan mahu semua pemainnya memberikan aksi terbaik pada setiap perlawanan.
Meskipun di label selaku pasukan pilihan, Burhan menyatakan Perlis yang seharusnya merasai tekanan selaku tuan rumah pada perlawanan pembukaan jam 8 pagi esok di Stadium Uitm, Arau.