Oleh Ku Mohd Lufti
Catatan eagle di lubang terakhir memberi tuah buat pemain kelahiran Paraguay, Fabrizio Zanotti untuk muncul juara kejohanan golf Kejuaraan Maybank 2017 dengan catatan terkumpul selepas empat pusingan 269 pukulan 19 dibawah par.
Kemenangan itu sekaligus memberikan wakil dari benua Amerika Selatan ini menjulang trofi pertamanya dalam jelajah asia, dan yang kedua bagi Jelajah Eropah.
Bermula dengan 10 dibawah par pada hari terakhir, Fabrizio tampak bermain tanpa sebarang tekanan meskipun cuaca panas dan tiupan angin yang kuat.
Sembilan lubang pertama, pemain berusia 34 tahun ini membenam empat birdie di lubang ke 3, 5,6,dan 8 untuk mendahului 14 dibawah par pada satu ketika.
Namanya semakin menjadi tumpuan apabila berjaya menambah tiga lagi birdie di lubang ke 13, 15 dan 17 sebelum menamatkan aksi pada hari ini dengan eagle dilubang terakhir untuk catatan 63 pukulan Sembilan dibawah par.
“Permainan yang baik di hari terakhir dan muncul juara adalah sesuatu yang membanggakan, saya melakukan beberapa perubahan bersama rakan rakan selepas gagal melepasi cut di tiga kejohanan lalu.
“Saya sudah bersedia untuk beraksi dalam perlawanan play off tetapi selepas David Lipsky terlepas peluang, memberi kelegaan.”kata Zanotti.
Selaku juara, beliau membawa pulang wang tunai 500 ribu dolar Amerika Syarikat atau lebih RM 2.2 juta.
Kekecewaan jelas sekali terpancar diwajah David Lipsky yang sekurang kurangnya mahu mengheret Fabrizio ke perlawanan play off.
Segalanya dalam perancangan selepas bermain 13 lubang dimana Lipsky mencatat enam birdie dan sat bogey sekaligus mengumpul 18 dibawah par.
Tekanan bermula di lubang ke 14 apabila Lipsky membenam bogey, namun berjaya bangkit dilubang ke 17 dengan catatan birdie.
Pemain kelahiran California ini cuba memburu catatan eagle dilubang terakhir, namun segalanya tampak sukar apabila pukulan keduanya berada di bunker.
Lipsky yang memerlukan birdie dilubang terakhir hampa apabila pukulan keempatnya gagal disempurnakan sekaligus mengesahkan menutup saingan dengan catatan terkumpul 18 dibawah par.
Selaku naib juara, David Lipsky  membawa pulang wang tunai lebih 300 ribu Dolar Amerika Syarikat.
Tempat ketiga pula milik pemain kelahiran Austria yang juga pendahulu hari kedua, Bernd Wiesberger yang menamatkan hari keempat dengan catatan keseluruhan, 271 pukulan 17 dibawah par.