Oleh Muhammad Aiman
Pemain skuash remaja kebangsaan, Ng Eain Yow bakal turun dengan membawa misi besar mencari gelaran profesional keduanya apabila beraksi di Kejohanan Skuash Piala Contrex di Hong Kong bermula hari ini (Selasa).
Eain Yow akan berdepan pemenang dari pusingan kelayakan dalam aksi pusingan pertama dan juara Terbuka Remaja British sebanyak tiga kali itu berharap keputusan positif di Hong Kong dapat memberi keyakinan tambahan kepadanya apabila beraksi di Kejohanan Remaja Dunia di Bielsko Biala, Poland pada 6-17 Ogos depan. Â
Pemain berusia 18 tahun itu turut melonjak ke kedudukan tertinggi kariernya, 148 dunia berikutan kejayaan mara ke suku akhir New Zealand International Classic pada bulan lalu.
“Saya telah mengharungi kem yang baik di New Zealand, mengutip banyak pengalaman beraksi dan berlatih dengan pemain-pemain berbeza. Mencapai kedudukan tertinggi dalam karier juga satu suntikan keyakinan buat saya.
“Piala Contrex dan SUKMA (17-31 Julai) adalah dua pertandingan terakhir saya sebelum beraksi di Remaja Dunia, ianya sudah tentu bagus untuk memenangi satu lagi gelaran.
“Saya perlu berada di tahap terbaik saya, baik fizikal mahupun mental untuk menghadapi kejohanan dunia kerana di sana nanti saya akan berdepan lawan yang lebih kuat,” ujar Eain How yang memenangi gelaran profesional pertamanya di pusingan kedua Sirkit Skuash
Eain Yow yang tewas kepada pemain Peru, Diego Elias pada aksi separuh akhir Kejohanan Remaja Dunia tahun lalu, dijangka diletakkan sebagai pilihan kedua kejohanan.
Selain acara individu, dia juga akan mengetuai cabaran negara dalam acara berpasukan bersama-sama Farez Izwan, Ong Sai Hung dan Marcus Sim.Â