E. Elavarasan, ketua jurulatih skuad bawah 22 tahun (B-22) kebangsaan, telah memanggil 25 pemain untuk menyertai kem latihan pusat bermula 19 April 2023 bagi menghadapi kejohanan bola sepak lelaki Sukan SEA Cambodia 2023 pada bulan depan.

Daripada senarai itu, Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi yang sebelum ini terlepas bersama pasukan B-22 kini kembali bersama skuad kendalian Elavarasan yang dilihat mengekalkan majoriti pemain-pemain yang beraksi di Piala Merlion Cup 2023 bulan lalu.

Bagi panggilan kem latihan pusat kali ini, ia terbahagi kepada dua fasa iaitu Fasa 1 yang mana kesemua pemain dikehendaki melaporkan diri pada Rabu ini, 19 April untuk tiga hari latihan sehingga Jumaat, 21 April 2023.

Para pemain akan diberi Cuti Hari Raya Aidilfitri selama dua hari pada 22 dan 23 April, sebelum mereka perlu melapor diri secara berperingkat untuk kem latihan pusat Fasa 2 bermula Isnin, 24 April 2022, bergantung kepada penglibatan mereka dalam perlawanan Liga Super bersama kelab masing-masing pada minggu berkenaan.

Skuad junior negara akan berlepas ke Kemboja pada 2 Mei 2023 dan membuka tirai saingan Kumpulan B bertemu Laos B-22 pada 3 Mei 2023 kemudian menentang Thailand B-22 (6 Mei 2023), Vietnam B-22 (8 Mei 2023) sebelum menutup saingan peringkat kumpulan bertemu Singapura B-22 pada 11 Mei 2023.

Jika pasukan negara berjaya melepasi peringkat kumpulan, mereka akan beraksi di pusingan separuh akhir pada 13 Mei 2023 dan aksi final serta penentuan tempat ke-3/4 berlangsung pada 16 Mei 2023.

BIL

NAMA

UMUR

PASUKAN

1.

 MUHAMAD SYAHIR BASHAH

22

SELANGOR FC

2.

 MUHAMMAD ALIFF IZWAN YUSLAN

19

SELANGOR FC

3.

 RUVENTHIRAN

22

SELANGOR FC

4.

 FAKRUL FAREEZ AIDI

20

SELANGOR FC

5.

 HARITH HAIQAL ADAM AFKAR

21

SELANGOR FC

6.

 AHMAD ZIKRI MOHD KHALILI

21

SELANGOR FC

7.

 MUHAMMAD MUKHAIRI AJMAL MAHADI    

22

SELANGOR FC

8.

 MUHAMMAD MUSLIHUDDIN ‘ATIQ MAT ZAID

22

TERENGGANU FC

9.

 MUHAMMAD AZAM AZMI MURAD

22

TERENGGANU FC

10.

 MUHAMMAD SAFWAN MAZLAN

21

TERENGGANU FC

11.

 MUHAMMAD UBAIDULLAH SHAMSUL FAZILI

20

TERENGGANU FC

12.

 MUHAMMAD RAHADIAZLI RAHALIM           

22

TERENGGANU FC

13.

 MUHAMMAD NAJMUDIN AKMAL KAMAL AKMAL

19

JOHOR DARUL TA’ZIM II

14.

 FERGUS TIERNEY

20

JOHOR DARUL TA’ZIM II

15.

 DARYL SHAM K.K GEORGE

21

JOHOR DARUL TA’ZIM II

16.

 ADAM FARHAN MOHD FAIZAL

19

JOHOR DARUL TA’ZIM II

17.

 MUHAMMAD HAQIMI AZIM ROSLI

20

KUALA LUMPUR CITY FC

18.

 SARAVANAN THIRUMURUGAN       

22

KUALA LUMPUR CITY FC

19.

 MUHAMMAD NADZWIN MOHD SALLEH

22

KUALA LUMPUR CITY FC

20.

 MUHAMMAD AZIM AL AMIN KAMARUDDIN

22

KUALA LUMPUR CITY FC

21.

 MOHD AIMAN AFIF MD AFIZUL

22

KEDAH DARUL AMAN FC

22.

 MUHAMMAD AZRIN AFIQ RUSMINI

21

KEDAH DARUL AMAN FC

23.

 MOHAMMAD ZHARMIEN ASHRAF ISMAIL

21

KEDAH DARUL AMAN FC

24.

 SIKH IZHAN NAZREL SIKH AZMAN

21

NEGERI SEMBILAN FC

25.

 MUHAMMAD SYAKIMI KARIM

22

NEGERI SEMBILAN FC

 

Sementara itu, 7 pemain diletakkan dalam Senarai Bersedia sekiranya terdapat perubahan dalam senarai 25 pemain tersebut:

1.

ZIAD EL BASHEER NORHISHAM

20

JOHOR DARUL TA’ZIM II

2.

MUHAMMAD FIRDAUS IRMAN MOHD FADHIL

22

NEGERI SEMBILAN FC

3.

MOHAMAD IKHWAN MOHD HAFIZO

21

PERAK FC

4.

MUHAMMAD FAHMI DANIEL MOHD ZAAIM

21

PERAK FC

5.

AMIR JEF ANJAM

18

SABAH FC

6.

MUHAMMAD FAIZ AMER RUNNIZAR

20

SELANGOR FC

7.

MUHAMMAD HAIQAL HAQEEMI HAIRI

20

SELANGOR FC

  • www.fam.org.my
- Advertisement -