rio.village

Kontinjen Australia mengesahkan empat atlet negara tersebut terpaksa dikuarantin sejurus tiba di Rio de Janeiro semalam.

Chef de Mission kontinjen Australia Kitty Chiller menjelaskan, kesemua empat atlet tersebut dari sukan polo air.
Jelas Kitty, atlet tersebut sudah mengalami ketidakselesaan sejak beberapa hari lalu, ditambah dengan kelewatan jadual penerbangan dari Rome, Itali ke Rio.
Pasukan Polo Air Australia menjalani latihan di Rome sebagai latihan fasa akhir sebelum bertolak ke Rio untuk mengharungi sukan Olimpik yang akan bermula jumaat ini.
“Empat atlet dan bukannya pegawai kontinjen, mereka disahkan mengalami kesakitan dibahagian perut. Mereka dijangka tiba di sini (Rio) jam 6 petang (waktu tempatan).
Kami memutuskan untuk membawa atlet atlet ini ke BV1 (Perkampungan Sukan Barra 1) untuk diasingkan dengan atlet atlet lain dan akan dipantau oleh Dr David Hughes selama 48 jam.” Kata Kitty.
Tambah Kitty, prosedur ini adalah langkah keselamatan yang biasa diterapkan andai mana mana wakil dalam pasukan mengalami masalah kesihatan.
Pasukan Polo Air wanita Australia merupakan pemenang pingat gangsa ketika di Olimpik London 2012.
Mereka akan memulakan pusingan awal, menentang Rusia pada 9 Ogos.
Tambah Kitty lagi, kesemua atlet yang akan beraksi dalam sukan air diberi perhatian khusus termasuk, langkah pencegahan, pemeriksaan perubatan yang ketat serta pemantauan rapi sebelum, ketika dan selepas pertandingan ketika di Rio nanti.
Langkah ini sudahpun dipraktikkan sejak beberapa tahun lalu dan atlet Australia pastinya dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran venue nanti.
- Advertisement -