Pemain muda yang sedang meningkat naik, Ng Tze Yong antara empat wakil negara yang mengesahkan slot ke pentas final saingan badminton Terbuka Scotland.
Perseorangan negara ini menundukkan seorang lagi wakil negara, Aidil Sholeh Ali Sadikin straight set 21-15, 21-15 dan aksi final bakal menyaksikan pertarungan pemain Malaysia dimana Tze Yong akan berdepan Soong Joo Ven.
Terdahulu, Soong Joo ven menundukkan wakil Perancis, Arnaund Merkle straight set 21-18, 21-19.
Saingan bergu lelaki turut menyaksikan pasangan muda, Muhd Haikal Nazri – Wan Muhd Ariff Wan Junaidi mara ke final meskipun laluannya penuh liku.
Di suku akhir, mereka mengejutkan pilihan pertama tuan rumah, Alexander Dunn – Adam Hall 22-20, 21-18 dan mengesahkan slot ke final selepas menang ke atas pilihan ke 6 dari India, Krishna Prasad Garaga – Vishnu Goud Panjala dalam aksi tiga set 17-21, 21-17, 21-16.
Haikal dan Ariff akan berdepan pilihan ke 8 tuan rumah, Christopher Grimley – Matthew Grimley
Bergu wanita negara turut cemerlang mengisi slot ke pentas final menerusi gandingan Anna Cheong Ching Yik – Teoh Mei Xing.
Mereka menundukkan pilihan ketujuh dari Belanda, Debola Jille – Cheryl Seinen 11-21, 21-10, 21-10.