Penglibatan pelumba wanita di dalam bidang sukan permotoran bukanlah satu perkara baru, sebaliknya semakin hari sukan yang dimonopoli oleh lelaki ini semakin diterima dan mendapat sambutan dari golongan wanita.
Saingan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2016 menyaksikan pertambahan kepada empat pelumba wanita yang mengambil bahagian berbanding hanya dua pelumba pada musim lepas. Mereka ialah Siti Norafizah Mohamad, Siti Fatimah Husna Muslim, Nasha Edziera Bahauddin dan Nuraina Halisya Hamirudin, keempat-empatnya beraksi dalam kelas perlumbaan terbuka.
Antara nama yang sering mencuri tumpuan ialah Siti Norafizah atau lebih dikenali sebagai Fifie. Mula beraksi dalam kejuaraan Cub Prix pada tahun 2011, pelumba berusia 21 tahun itu berjaya memecah dominasi lelaki sejak mula berkecimpung dalam kategori Wira dan beralih ke kelas Pro-AM sebelum berjaya menarik minat pasukan BHPetro Dash Tabuan Racing untuk beraksi dalam kelas CP115 bermula musim ini.
“Perlumbaan di litar seperti ini selalunya memberi kelebihan kepada mereka yang mempunyai saiz tubuh yang kecil dan ringan,” jelas Fifie yang membuktikan kemampuan dengan meraih enam podium di dalam kelas Pro-Am pada musim lepas.
Nama Nasha juga merupakan antara nama yang sinonim dengan perlumbaan Cub Prix pada hari ini. Mula berlumba sejak penghujung tahun 2009, Nasha memulakan aksinya di dalam kelas Wira dan kini beraksi di dalam kategori Pro-Am dan turut berjaya meraih dua podium dalam kategori tersebut pada musim lepas.
Dua lagi pelumba, Siti Fatimah Husna Muslim dan Nuraina Halisha Hamirudin mula beraksi pada tahun ini di mana Siti Fatimah membawa cabaran pasukan PETRONAS Yamaha-CKJ di dalam kategori CP115 dan Nuraina merupakan pelumba bersendirian di dalam kategori Wira.
First there was two…now there is four
Female riders are nothing new to the motorsports industry, but the sport seems to be rapidly gaining acceptance in Malaysia. In 2016, the PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship boasts four female riders competing in the male-dominated sport. They are Siti Norafizah Mohamad, Siti Fatimah Husna Muslim, Nasha Edziera Bahauddin and Nuraina Halisya Hamirudin.
Of the four, Siti Norafizah (Fifie) is the most experienced. Making her Cub Prix debut in 2011, 21-year-old Fifie has been smashing myths in the male-dominated sport throughout her racing career. She spent the early years of her Cub Prix involvement proving her worth in the Pro-Am Cup before finally securing a spot with team BHPetrol Dash Tabuan Racing.
“The race track is one arena where a smaller body size and lighter weight can be an advantage,” said Fifie who proved that point by claiming six podium finishes in the Pro-Am division last season.
Nasha is also another familiar name in the Cub Prix circuit. Racing since 2009, Nasha currently competes in the Pro-Am category as a privateer and is hoping to follow in Fifie’s footsteps to find a berth with a professional racing outfit.
New to the class are Siti Fatimah Husna Muslim and Nuraina Halisya Hamirudin, both debutants entering the sport in CP115 and Wira categories.