Ketika peminat bolasepak dunia menantikan kehadiran semula saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), ia tampak berdepan cabaran apabila pemain kelab Brighton disahkan positif jangkian Covid 19.

Ketua Pegawai Eksekutif kelab itu, Paul Barber mengesahkan pemain pemain menjalani latihan di kelab secara individu dan berasingan seperti yang diarahkan oleh kerajaan bagi mengelakkan jangkitan Covid 19.

Nama pemain tersebut tidak didedahkan dan disahkan positif Covid 19 pada Sabtu selepas ujian dijalankan.

Namun pemain pemain dan pegawai pasukan tidak akan menjalani proses kuarantin kerana kesemuanya menjalani latihan secara berasingan.

20 wakil kelab EPL akan mengadakan persidangan menerusi telefon pada Isnin selepas Perdana Menteri British Boris Johnson menyampaikan ucapannya untuk menamatkan perintah berkurung sekaligus mahu mengembalikan semula saingan EPL.

Hasrat ini bagaimanapun tidak dipersetujuai oleh enam kelab termasuk Watford kerana perlawanan bakal beraksi tanpa penonton dan bermain di venue neutral.

Tambah Paul, penilaian secara berterusan dilakukan terutama ketika sesi latihan dijalankan. Ini kerana ramai pihak sedang bekerja untuk membentangkan kertas kerja serta melihat sebarang penambahbaikan yang diperlukan bagi memastikan kesemuanya berada di dalam keadaan selamat.

Brighton hanya berkelebihan dua mata daripada memasuki zon penyingkiran dengan baki sembilan perlawanan lagi untuk ditamatkan.

 

 

- Advertisement -