Jurulatih Kuala Lumpur, Fabio Maciel Da Silva mahu menggunakan sebaiknya tempoh masa lebih kurang lima minggu yang berbaki untuk membentuk sebuah pasukan mantap yang boleh meneruskan gemilang tercipta pada 2017.
Begitupun pengendali kelahiran Brazil itu tidak mahu memberi tekanan kepada barisan pemainnya kerana menurutnya pemain-pemain baru dan lama sudah tentunya akan mengambil masa untuk membentuk keserasian dan memahami cara permainan yang diterapkannya.
āSudah 3 minggu kami berlatih dan segalanya dalam landasan yang betul. Kita akan memasuki fasa yang lebih penting selepas ini apabila memasuki tahun baru dan saya mengharapkan kita akan melalui satu pra-musim yang baik sebelum musim bermula.
āKita telah mengatur beberapa perlawanan persahabatan yang mana saya fikir ianya pendedahan yang baik buat mereka. Saya tidak kisah tentang keputusan perlawanan. Ya, kalau boleh kita mahu menang, tetapi bagi saya keputusan jatuh nombor dua, apa yang saya mahu lihat adalah bagaimana mereka bermain, terapkan apa yang diajar ketika latihan sewaktu latihan.
āPencapaian sepanjang pra-musim tidak penting, pemain-pemain akan lakukan kesilapan, tetapi dari situlah mereka akan belajar, dari satu perlawanan ke perlawanan lain, saya akan dapat kenalpasti dan perbaiki kelemahan yang ada. Ia proses yang berterusan,ā katanya ketika ditemui Sports247 di padang latihan pasukan Kuala Lumpur di Pudu Ulu, Cheras.
Fabio yang membimbing pasukan itu menjuarai 100Plus Liga Premier 2017 turut memaklumkan bahawa pasukannya akan menentang PKNS pada Sabtu ini, dan sekitar empat perlawanan pada Januari sebelum sepak mula liga pada 3 Februari.
āIanya satu persaingan yang berbeza dari Liga Premier ke Super, tapi penyokong boleh menjangkakan satu aksi bertenaga dalam setiap perlawanan.
Saya nak mereka tahu setiap pemain akan bermain sepenuh hati dan berikan yang terbaik. Kami belum mahu meletakkan sasaran besar, tetapi akan fokus perlawanan demi perlawanan,ā ujarnya lagi.OLEH MUHD AIMANĀ