Oleh Ku Mohd Lufti
Pemain Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri bakal melakar sejarah apabila jaringannya antara yang disenarai oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sebagai antara 10 jaringan tercantik untuk meraih Anugerah Puskas 2016.
Menerusi aman web rasmi FIFA, gol Mohd Faiz itu adalah antara yang disenaraipendekkan bagi melalui proses awal pemilihan sebelum melalui peringkat kedua.
Selain jaringan cantik Mohd Faiz yang dilakukan pada perlawanan Liga Super antara Pulau Pinang dan Pahang di Stadium Bandaraya Pulau Pinang pada 16 Feb lepas, turut tersenarai ialah gol pemain antarabangsa, Lionel Messi dari Argentina.
Undian boleh dibuat oleh peminat bola sepak di seluruh dunia untuk memilih siapakah pemain yang layak menerima anugerah tersebut bermula hari ini sehingga 2 DIsember depan.
Tiga jaringan terbaik yang mendapat undian terbanyak akan melalui undian sekali lagi dan pemenang akan diumumkan pada Anugerah Bola Sepak Fifa di Zurich pada 9 Jan 2017.