Oleh Muhammad Aiman
Penyerang kontroversi, Faizal Shaari hampir pasti bakal kembali memperkuatkan skuad hoki kebangsaan di Trofi Juara-Juara Asia QNET yang berlangsung di Kuantan dari 20 â 30 Oktober depan.
Penyerang Terengganu itu digantung enam bulan oleh Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) pada November tahun lalu gara-gara gagal melaporkan diri ke kem latihan skuad kebangsaan sekaligus kehilangan tempatnya di dalam pasukan.
Faizal bagaimanapun membuktikan betapa skuad negara masih memerlukan sentuhannya apabila membantu Terengganu mempertahankan kejuaraan Liga Hoki Malaysia dan Piala TNB bulan lalu, selain muncul penjaring terbanyak skuad pembangunan negara kendalian Wallace Tan yang beraksi di Liga Kebangsaan Australia (ANL) baru-baru ini.
Justeru, penyerang berusia 24 tahun itu dilihat menjadi pilihan melengkapkan senarai 18 pemain terakhir yang akan diumumkan jurulatih kebangsaan Stephen Van Huizen dan ianya disokong jurulatih Terengganu Sarjit Singh yang berpendapat Faizal wajar diberi peluang kedua.
âDia telah merubah caranya, saya yakin dia akan menjadi aset buat pasukan. Dia telah menjaringkan lima gol di ANL dan membantu Terengganu meraih kejuaraan berganda. Sudah tentunya pemain seperti Faizal sangat diperlukan skuad kebangsaan,â ujar Sarjit.
Skuad negara ketika ini dihimpit masalah kecederaan di mana Baljit Singh sah tersisih manakala status Mohamed Izad Hakimi Jamaludin dan Rashid Baharom hanya akan diketahui setelah keputusan imbasan diketahui pada hari ini.
Saingan Trofi Juara-Juara Asia adalah sebahagian daripada persiapan skuad negara untuk menghadapi kelayakan Piala Dunia 2018 pada tahun depan. Kejohanan selama 11 hari itu turut disertai India, Jepun, Pakistan, China dan Korea Selatan.Â
Malaysia akan membuka tirai saingan dengan menentang juara bertahan Pakistan pada Khamis (20 Oktober), sebelum berdepan China (21 Oktober), Jepun (23 Oktober), India (26 Oktober) dan Korea Selatan (27 Oktober) dengan empat pasukan teratas kumpulan akan layak ke separuh akhir.
Untuk rekod, Pakistan menjuarai edisi lalu dengan menewaskan Jepun dalam aksi final manakala pencapaian terbaik Malaysia adalah muncul pemenang tempat ketiga sebanyak tiga kali berturut-turut pada 2011, 2012 dan 2013.