Oleh Muhammad Aiman
Pintu belum tertutup buat penyerang prolifik pasukan kebangsaan yang juga âmesin golâ, Faizal Shaari untuk kembali menyarung jersi The Speedy Tigers tetapi pemain itu yang kerap dilabel sebagai âbudak jahatâ perlu mengubah atitudnya dan membuktikan dia memiliki kriteria diperlukan untuk dipanggil semula.
Itu mesej yang disampaikan presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datoâ Seri Subahan Kamal yang menegaskan walaupun Faizal diakui antara pemain berbakat besar dalam arena hoki tanah air, itu bukan tiket buatnya untuk segera kembali ke kem negara apabila tempoh penggantungan 6 bulan pemain itu tamat pada 14 Jun nanti.
Nama Faizal kembali menjadi sebutan hangat setelah pemain itu menunjukkan aksi cemerlang untuk membantu Terengganu menjuarai Kejohanan Hoki Piala Razak buat kali kedua, pada Ahad lalu dan menamatkan kejohanan selaku penjaring terbanyak dengan tujuh gol. Â
Begitupun, Subahan berkata, âSaya ada diberitahu dia beraksi dengan baik. Tetapi untuk mencapai kemenangan ia bukan usaha individu, tetapi usaha secara berpasukan. Terengganu menang kejuaraan, bukan dia seorang yang bermain tetapi kesemua pemain bekerja keras. Nik Aiman bermain baik, Firhan bermain baik dan begitu juga pemain muda berusia 16 tahun (Akhimullah) semuanya bermain baik.
âSaya tidak nafikan Faizal seorang pemain luar biasa berbakat besar, tetapi ada kriteria perlu dipatuhi dan pemain perlu faham tentang peranan dalam permainan berpasukan. Perlu ada semangat tinggi untuk mewakili negara. Apapun, pintu masih terbuka buatnya, kita tahu dia masih muda. Saya serahkan kepada Stephen (Van Huizen) dan Terry (Walsh) untuk menilai. Mereka pastinya lebih tahu bila masa sesuai untuk memanggilnya semula.â
Faizal sememangnya tidak pernah lekang dari kontroversi dan masalah disiplin di mana pada 2014, dia membuat keputusan menolak pelawaan untuk mewakili negara di Sukan Asia ketika Malaysia benar-benar memerlukan khidmatnya gara-gara tidak berpuas hati dengan jumlah imbuhan yang dibayar.
Pemain itu kemudiannya âmenghilangkan diriâ dari kem latihan skuad kebangsaan selama sebulan pada Februari 2015 atas alasan peribadi sejurus selepas membantu Malaysia muncul juara Liga Hoki Dunia pusingan kedua.
Tidak serik, Faizal sekali lagi gagal melapor diri ke kem kebangsaan pada April tahun lalu dan kemuncaknya pada Disember di mana dia mengulangi perbuatan tersebut dan bernasib baik untuk terlepas hukuman gantung dua tahun dari melibatkan diri dalam mana-mana aktiviti sukan, sebaliknya hanya dikenakan hukuman gantung enam bulan dari mewakili pasukan kebangsaan.