Fakhrusy Syakirin Rostam berharap perubahan teknikal yang dilakukan dalam saingan CP150 akan menjadikan perlumbaan lebih seimbang diantara jentera Honda dan Yamaha pada saingan Pusingan 5 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di MAEPS, Serdang, 15 dan 16 Julai ini.
Pelumba SCK Rapido Hi-Rev Honda Racing itu akui setakat empat pusingan lepas, jentera Honda mereka gagal untuk memberikan saingan kepada jentera Yamaha yang sentiasa mendominasi pentas podium dalam perlumbaan akhir.
Mohd Zaqhwan Zaidi muncul pelumba tunggal yang meraih podium buat pasukan yang menggunakan jentera Honda dengan menduduki tempat ketiga pada pusingan pembukaan di Temerloh manakala pencapaian terbaik Fakhrusy di tempat kelima pada pusingan lepas di Teluk Intan.
“Kami masih bekerja keras untuk mendapatkan pelarasan yang terbaik. Memang diakui ketika ini jentera kami agak ketinggalan berbanding jentera lain. Apa yang kami lakukan ketika ini bagi menutup kelemahan ini adalah dengan meningkatkan keupayaan fizikal dan teknik berlumba untuk memberikan lebih cabaran,” jelas Fakhrusy.
Tambahnya, “Perubahan teknikal yang diputuskan baharu ini juga belum teruji sama ada kami mampu untuk mengurangkan jurang perbezaan jentera, namun saya berharap ia akan dapat menjadikan perlumbaan musim ini lebih seimbang. Kita lihat bagaimana keadaan di Maeps nanti,” jelas Fakhrusy.
Selepas empat pusingan, Ahmad Afif Amran (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ) sedang mendahului kedudukan dengan 51 mata diikuti Kasma Daniel Kasmayudin (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) kedua dengan 50 mata. Fakhrusy di tangga ke-10 dengan 19 mata.
Fakhrusy Hopes For Level Playing Field After CP150 Regulations Revamp
Fakhrusy Syakirin Rostam of team SCK Rapido Hi-Rev Honda Racing, is hoping that the revamp in the CP150 regulations will result in a level playing field for the premiere class of the 2017 PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship. The new regulations will come into effect at Round 5 of the series, scheduled to be held at the Malaysia Agricultural Exposition Park (MAEPS) in Serdang, Selangor this July 15 and 16, 2017.
Fakhrusy admitted that the first half of the season had been completely dominated by the Yamaha teams and riders. The best performing rider from the Honda camp was Mohd Zaqhwan Zaidi who finished third at the season opener in Temerloh. Fakhrusy’s best results so far was a fifth place position in Teluk Intan.
“There is no doubt that the Honda bike had been a step behind the Yamahas this season. We’ve been trying to make up for the lack of horsepower with physical prowess and race craft,” said Fakhrusy.
The CP150 class being a completely new category, the teams had previously agreed to fine-tune the regulations after Round 4 in order to create a more competitive environment for the race series.
“The new regulations have not been battle-tested yet. So the jury is still out on whether the changes that have been made will result in a balanced race,” said Fakhrusy.
After four rounds, Ahmad Afif Amran (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ) leads with 51 points. Kasma Daniel kasmayuddin (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) is second with 50 points. Fakhrusy is currently 10th on the rankings with 19 points.