Sukar untuk digambarkan senario semasa melibatkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) apabila timbul pelbagai spekulasi melibatkan badan induk bolasepak negara itu.

Segalanya bermula dengan khabar angin menyatakan Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon sedia untuk melepaskan jawatannya jika ada yang tidak berpuas hati dengan pencapaian yang telah dilakukan.

Kini timbul pula ‘surat layang’ yang mendedahkan kepincangan yang cukup serius melibatkan pengurusan tertinggi dalam FAM dan beberapa nama dinyatakan beserta ‘bukti’ untuk menyokong kenyataan tersebut.

FAM mengeluarkan kenyataan balas susulan ‘khabar angin’ berhubung hasrat Kim Pan Gon untuk melepaskan jawatannya sebagai pengurus Harimau Malaya sebaliknya menyatakan akan kekal memegang jawatan itu sehingga kontraknya tamat.

Kontrak KPG akan tamat pada 2025 dan beliau meletakkan sasaran untuk memastikan Malaysia layak ke pusingan ketiga Piala Dunia 2026 dan layak secara automatik ke Piala Asia 2027.

Kekalahan kepada Oman berturut turut seakan akan membuka cerita yang tidak ramai ketahui dan didedahkan segelintir individu yang mahu menuntut keadilan.

SIARAN MEDIA: KIM PAN GON NAFI HANTAR SURAT KEPADA FAM; AKAN KEKAL SEHINGGA KONTRAKNYA TAMAT

Saya ingin menafikan laporan berita yang disiarkan di portal BH Online pada jam 7:57 malam tadi bahawa saya telah menghantar surat kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan bersedia untuk meninggalkan skuad Harimau Malaya.

Kenyataan dalam laporan berita tersebut yang dipetik daripada sumber itu sama sekali tidak tepat kerana saya tidak menghantar apa-apa surat berkaitan perkara tersebut.

Selepas membaca laporan berita tersebut, saya terus menghubungi Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin bagi menjelaskan mengenai perkara ini dan saya sendiri telah memberi jaminan kepada beliau bahawa misi saya bersama skuad Harimau Malaya belum berakhir dan saya tidak akan meninggalkan pasukan ini begitu sahaja.

Untuk makluman semua penyokong Harimau Malaya, saya akan terus komited untuk membimbing skuad Harimau Malaya sehingga kontrak saya berakhir pada hujung 2025 dengan misi utama untuk membawa Malaysia layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 dan layak automatik ke Piala Asia 2027.

KIM PAN GON

Ketua jurulatih kebangsaan

- Advertisement -