Oleh Muhammad Aiman
Lupakan dahulu kesahihan maklumat, sama ada pendrive dimiliki Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tengku Ismail Sultan Ibrahim â kini di tangan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin â benar-benar mengandungi maklumat ketirisan dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) atau ianya sekadar gimik untuk âmenggoncangâ FAM semata-mata.
FAM sebaliknya sedang menyiasat siapa dalang yang bertanggungjawab membocorkan maklumat tersebut dan badan induk bolasepak tanah air itu bersedia mengambil tindakan tegas terhadap individu berkenaan setelah mengetahui apa sebenarnya isi kandungan dalam pendrive itu.
âSetakat ini kita tidak tahu lagi siapa yang sampaikan maklumat kerana kita biarkan perkara (maklumat dalam pendrive) disahkan dahulu oleh Menteri. Kalau ada kakitangan atau pegawai yang membocorkan rahsia ini sudah tentunya tindakan tegas akan diambil,â menurut Setiausaha Agung FAM, Datoâ Hamidin Amin.
Khairy dilaporkan akan menyerahkan pendrive mengandungi bukti ketirisan dan penyelewengan itu kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jumaat, meskipun sebelum ini mengatakan bahawa pendrive itu sekadar mengandungi dokumen teknikal berkenaan bolasepak Malaysia.
Justeru Hamidin berkata, âFAM tiada masalah untuk memberikan kerjasama sama ada berjumpa dengan menteri mahupun SPRM sekiranya dipanggil. Kita akan patuhi prosedur, memang dekat mana-mana organisasi sekalipun tindakan akan diambil sekiranya benar ada kesalahan berlaku jadi kita di FAM sedia memberikan kerjasama penuh jika perlu.âÂ
Kontroversi pendrive tercetus apabila TMJ pada bulan lalu mendakwa mempunyai pendrive yang diperolehnya dari seorang rakan berpangkat tinggi dalam FAM, di mana ia dikatakan mengandungi pelbagai bukti penyelewengan dan ketirisan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia 2015.