Persatuan Bolasepak Singapura (FAS) bersedia untuk mengganti ketua jurulatih pasukan kebangsaan Singapure Takayuki Nishigaya.
Dengan khabar angin mengenai penggantinya yang berleluasa sebelum bermulanya pusingan kedua kelayakan Piala Dunia FIFA 2026, dua keputusan buruk yang dicatatkan oleh Nishigaya pastinya tidak membantu.
Singapura memulakan kempen dengan kekalahan 5-0 kepada Korea Selatan di Seoul sebelum dimalukan 3-1 kepada Thailand di tempat sendiri.
Nishigaya mengambil alih daripada seorang lagi jurulatih dari Jepun – Tatsuma Yoshida – pada April 2022.
Antara jurulatih yang sedang dipertimbangkan FAS untuk jawatan tertinggi ini ialah jurulatih Albirex Niigata, Kazuaki Yoshinaga dan pelatih dari Inggeris Alex Weaver, yang sebelum ini pernah melatih pasukan Liga Perdana Singapura, Warriors FC.
Nampaknya FAS juga sedang mempertimbangkan seorang lagi warga Jepun, Tsutomu Ogura, penolong jurulatih di Tokyo Verdy serta Park Hang-seo dari Korea Selatan, bekas jurulatih kebangsaan Vietnam.