Juara bertahan, Arena Satu Samin (Sabah) akan berdepan seterunya dari Selangor K. Letshanaa bagi penentuan juara perseorangan perempuan Bawah 16 tahun 100PLUS Sirkit Remaja Kebangsaan Grand Prix Final.
Sementara saingan perseorangan lelaki bawah 16 tahun bakal menemukan juara perseorangan dan bergu bawah 14 tahun edisi lepas, Muhd Fazriq Mohd Razif dan pemain bukan pilian Hooi Shao Herng (Kuala Lumpur)
Aksi final perempuan bawah 16 tahun ibarat ulangan final ketika Pusingan kedua Divisyen 1 di Johor Bahru pada Mei tampak memberikan keyakinan buat Letshaana untuk membalas dendam ke atas Arena.
Letshaana bermain dengan penuh keyakinan untuk menyingkir pilihan pertama dari Persatuan Badminton Malaysia, Tan Zhang Yi dalam pertarungan tiga set, 21-18, 10-21, 21-14/
“Jarak mata agak dekat di set pertama. Set kedua saya dikenakan kad kuning kerana mempertikai keputusan penjaga garisan dan ianya menjejaskan permainan saya tetapi kembali yakin di set penentuan dan semangat yang tinggi untuk menang,”kata Letshaana.
Arena Satu Samin dipaksa berjuang selama 55 minit sebelum berjaya menundukkan seorang lagi wakil BAM, Khot Jin Wen 13-21, 24-22, 21-18, berterima kasih kepada jurulatihnya yang banyak memberi semangat.
“Saya tidak dapat rentak di set pertama tetapi terima kasih kepada jurulatih, saya berjaya bangkit dan ianya merupakan titik perubahan kepada keyakinan dan permainan saya.
“Saya perlukan rehat sebelum merancang untuk perlawanan esok. Letshaana bermain dengan baik tetapi saya tetap akan cuba pertahankan kejuaraan,” kata Arena.
Fazriq yang dilabel sebaga bintang dalam pembikinan selepas muncuk juara Kejuaraan Dunia Jemputan Shinan Bawah 15 Tahun tidak berdepan masalah untuk menang straight 21-16, 21-18 dalam masa 37 minit.
Beliau akan berdepan Hooi Shao Herng untuk penentuan juara, namun tidak akan mengambil mudah lawannya di final nanti.
“Set pertama agak sengit kerana jurang mata yang agak dekat. Tetapi di set kedua saya sudah mendahukui 20-11 tetapi hilang focus kerana tidak sabra untuk menamatkan perlawanan, tetapi saya kembali tenang untuk menang perlawanan ini.
“Saya akan berhati hati di final walaupun lawan saya bukan pilihan. Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan prestasi dan menjangkakan saingan yang sengit,”kata Fazriq.
KEPUTUSAN SEPARUH AKHIR – PERSEORANGAN
LELAKI Bawah 16 Tahun
Muhammad Fazriq Sidek (BAM/KUL) lawan Anson Cheong Yan Feng (BAM/Prk) 21-16, 21-18
Hooi Shao Herng (KUL) lawan Justin Hoh Shou Wei (BAM/KUL) 21-15, 21-15
PEREMPUAN Bawah 16 Tahun
Arena Satu Samin (Sbh) lawan Khor Jing Wen (BAM/Pen) 13-21, 24-22, 21-18
K. Letshanaa (Sgr) lawan Tan Zhang Yi (BAM/Pen) 21-18, 10-21, 21-14