Pelumba AHM Motorsports; Ahmad Fazrul Sham terlepas dua pusingan awal musim 2017.

Selepas tidak beraksi pada dua pusingan awal, Ahmad Fazrul Sham cukup bersemangat untuk memulakan perlumbaan kategori CP150 pada pusingan keempat Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2017 yang akan berlangsung di Teluk Intan, Perak, 20 dan 21 Mei ini.

Pelumba AHM Motorsports itu terlepas aksi pusingan pembukaan yang juga perlumbaan pertama kategori CP150 di Temerloh, Pahang dan pusingan kedua di Tangkak, Johor sebelum turun ke litar untuk pertama kali pada musim ini sewaktu pusingan ketiga di Kemaman, Terengganu.

“Jentera baharu Yamaha 15ZR ini mempunyai teknologi yang sangat berbeza berbanding sewaktu kelas CP130”, ujar Pelumba AHM Motorsports; Ahmad Fazrul Sham.

“Saya terlepas aksi pusingan awal akibat beberapa masalah yan tidak dapat dielakkan namun sangat gembira kerana dapat kembali ke litar pada perlumbaan lepas. Cuma ketika di Kemaman perlumbaan kemudiannya dibatalkan akibat insiden menyedihkan yang melanda rakan kami, Norizman Ismail,” jelas juara CP130 tahun 2015 itu.

Meskipun begitu, pelumba kelahiran Taiping, Perak itu akui dia masih belum begitu serasi bersama jentera Yamaha Y15ZR yang digunakan. “Saya hanya sempat keluar dua kali ke litar dengan jentera baharu ini sewaktu di Kemaman dan masih belum dapat menyesuaikan diri sepenuhnya.

“Jentera baharu ini mempunyai teknologi yang sangat berbeza berbanding sewaktu kelas CP130. Tetapi rasanya ia bukan masalah besar. Saya yakin dapat tampil dengan aksi lebih baik minggu ini, ditambah dengan rekod baik saya di Teluk Intan,” jelas Fazrul yang meraih podium ketiga pada musim 2016 di Teluk Intan.

 

Fazrul Back In Action

2015 CP130 champion Ahmad Fazrul Sham reemerges into the Cub Prix scene after a two-round absence at the start of the 2017 PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship. The younger half of the Sham brothers (elder brother Ahmad Fazli Sham) has confirmed that he will be racing for team AHM Motorsports for the Teluk Intan round this weekend.

“I missed out the two season openers in Temerloh and Tangkak due to some unrelated complications. I was actually slated to get back into action in Round 3 at Kemaman, which unfortunately, was cancelled in honour of our fallen comrade, Norizman Ismail,” said Fazrul.

The Taiping-born rider had admitted to feeling some pre-race jitters as he contemplates his first CP150 race this weekend.

“The Yamaha 15ZR is a whole new ballgame for me. While the other riders have had at least two rounds of racing astride the new CP150 machines, you could say that this is my CP150 debut,” joked the seasoned campaigner.

“I’ve only had two practice sessions on the bike so far, and I would be lying if I said that I was completely comfortable. The advanced technology on the 150 bikes has changed the game in more ways than one,” said Fazrul who finished third in Teluk Intan last season.

- Advertisement -