Pasangan bergu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei – Nur Izzuddin Rumsani terus mencipta kejayaan selepas mengungguli saingan akhir Kejohanan Badminton Terbuka China 2024.
FeiDin nyata berada dikelas tersendiri meskipun tewas di set pertama, namun mereka bangkit untuk menundukkan wakil tuan rumah, He Ji Ting – Ren Xiang Yu di Changzhou Olympic Centre sekaligus menafikan dominasi pemain pemain China yang telah pun mendominasi perseorangan lelaki dan wanita, bergu wanita dan bergu campuran.
Sze Fei-Nur Izzudin tampak bergelut sebelum tunduk 13-21 di set pertama, namun bangkit dengan aksi yang lebih kemas untuk menang 21-12 di set kedua.
Kecederaan pemain China tampak membuka ruang kepada bergu lelaki negara untuk tidak memberi ruang mudah kepada lawan meraih mata memastikan pentas juara menjadi milik FeiDin yang menang di set penentuan 21-17 sekaligus membawa pulang wang tunai USD148,000 atau lebih RM 622 ribu.
Ini adalah trofi sulung Sze Fei dan Nur Izzudin di Kejohanan Super 1000 dan merupakan trofi kedua mereka selepas muncul juara Terbuka Jepun (Super 750) Ogos lalu.
Sementara itu, gandingan bergu campuran negara, Goh Soon Huat – Shveon Lai Jamie muncul naib juara Terbuka China selepas kecundang di tangan pilihan kedua tuan rumah, Feng Yan Zhe – Huang Dong Ping 21-16, 14-21, 17-21